Serangan Musuh Islam
Sejak
kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 yang berpusat di Turki, kita telah
melihat umat Islam diserang di segenap penjuru. Penjajahan dan peperangan telah
meletus dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang menyebabkan
negara-negara yang dimiliki umat Islam telah dijajah dan dirampas segala hasil
mahsul kekayaannya.
Imperialis
Britian, Amerika, Rusia, Perancis, China, dan lain-lain menjadi penjajah serta
menjadi kuasa besar yang bertanggungjawab membunuh umat Islam diseluruh dunia.
Kekuatan umat Islam menjadi lemah dan ranap, pemimpin-pemimpin di negara Islam
dijadikan boneka setelah penjajah pulang ke negara masing-masing. Sekiranya
negara tersebut ingin mendapatkan kemerdekaan dari penjajah, pemimpin-pemimpin
negara Islam tadi mesti menjalankan agenda musuh setelah pulangnya penjajah.
Realitinya
pada hari ini, kebanyakkan negara yang mendapat kemerdekaan daripada penjajah
pemimpin-pemimpinnya terdiri dari kalangan mereka yang sudah rosak akhlaknya.
Rasuah, judi, seks, arak menjadi hidangan para pemimpinnya, rakyat pula
diberikan bentuk-bentuk hiburan yang menggilakan, pusat-pusat judi diberikan
lesen, arak dijual ditempat terbuka, pelacur-pelacur diimport dari luar negara,
anak-anak mudanya diberikan rokok dan dadah, kes zina dan rogol meningkat,
agama hanya pada urusan tertentu sahaja, dan sebagainya.
Serangan
pemikiran juga telah menjalar dalam jiwa umat Islam sehinggakan umat Islam
tidak mampu bangkit. Sistem pemerintahan Barat dipaksakan ke atas seluruh
manusia termasuk ke atas orang-orang Islam. Ideologi-ideologi moden dan sesat
diserap masuk dalam pemikiran masyarakat, aliran falsafah dan teori-teori
mengenai urusan negara, ekonomi atau kemasyarakatan dengan pelbagai nama
seperti, Sekularisme, Liberalisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme,
Pargamatisme dan sebagainya telah memecah belahkan masyarakat Islam daripada
tali agama Allah.
Hakikatnya,
kekuatan umat Islam telah hilang. Kebanyakkan umat Islam hari ini berpegang
dengan pemikiran-pemikiran dan ideologi-ideologi sesat yang meranapkan akidah
dan jatidiri umat Islam. Gerakan Zionis, Orientaslis, Kristianisasi telah
menjadikan umat Islam hari ini sudah tidak berpaut pada agama. Akidah di dalam
jiwa umat Islam dicabut sedikit demi sedikit, umat Islam juga meninggalkan
persoalan jihad dan sunnah Nabi Muhammad SAW bahkan juga mengikut kesesatan
musuh satu persatu.
Realiti Hari Ini
Sabda Nabi SAW
:
عَنْ ثَوْبَانَ ، قَالَ
: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يُوشِكُ
الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا
، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ
يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ
اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ
فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا
الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ " .
“Akan datang suatu
masa umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang lapar memperebutkan
makanan dalam hidangan.” Sahabat bertanya, “Apakah lantaran pada waktu itu
jumlah kami hanya sedikit Ya Rasulullah?”.Dijawab oleh baginda, “Bukan, bahkan
sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih
yang terapung-apung di atas laut, dan dalam jiwamu tertanam ‘Al Wahn’ (kelemahan
jiwa).” Sahabat bertanya, “Apa yang dimaksudkan ‘Al Wahn’ (kelemahan jiwa), Ya
Rasulullah?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati!”.(HR Abu Daud)
Kuasa Barat
telah berjaya melemahkan kekuatan umat Islam sedangkan umat Islam hari ini cukup
ramai. Banyak perancangan musuh yang dirancang berjaya ditambah lagi dengan
keadaan umat Islam yang meninggalkan jihad dan terlalu cintakan dunia dan
takutkan mati menyebabkan segala perancangan musuh berjaya dilaksanakan
sehingga ke hari ini. Antaranya yang boleh diketahui dalam Muktamar Eropah yang
berlangsung di Berlin dalam tahun 1978. Antara resolusi melemahkan umat Islam
adalah dengan :-
1. Menghancurkan
Khilafah Uthmaniah
2. Mengoyak
rabakkan negara-negara Islam menjadi negara-negara kecil yang dibataskan dengan
garisan sempadan yang sengaja dicipta.
3. Menyokong
aliran-aliran fahaman yang berusaha menjatuhkan Islam
4. Menyokong
golongan Kristian yang menetap di negara-negara Islam serta memonopoli mereka
kea rah mewujudkan fitnah dan keadaan tidak stabil di negara-negara tersebut.
Realitinya,
perancangan ini sudah berjaya dan apa yang berlaku di depan mata kita hari ini
jelas terbukti.
Umat Islam Malas Membaca Dan Mengkaji
Di dalam buku Aina Khalal karangan Prof Dr Yusof Qardahwi pernah menceritakan kisah seorang Jeneral Tentera Israel Zionis membongkar rahsia kelemahan umat Islam hari ini. Moshe Dayan, juga seorang pemimpin negara Israel, ketika mana beliau menghadiri satu pertemuan tertutup Gerakan Zionis Antarabangsa bagi memerangi umat dan merampas tanah-tanah Islam di Palestin, maklumat yang diterima dalam pertemuan tersebut sangat sulit dan tidak dibenarkan maklumat tersebut diberitahu pada sesiapa.
Ketika mana
menghadiri satu proram terbuka, didedahkan rahsia tersebut yang menyebabkan
pegawai risikan sangat terkejut dengan tindakan Moshe Dayan yang mendedahkan
rahsia yang sangat sulit sehingga beliau ditegur dalam satu majlis yang
dibimbanginya akan diketahui oleh orang-orang Arab serta mengetahui perancangan
tersebut.
Apa yang
disebut oleh Moshe Dayan “Bertenang semua….kamu jangan bimbang dengan
orang-orang Arab dan umat Islam, mereka malas membaca, kalau membaca pun mereka
tak faham apa yang dibaca, kalau faham pun mereka tak akan buat apa yang
dibaca, kalau buat pun, mereka tak bersungguh dalam buat kerja, kalau
bersungguh pun belum tentu mereka akan berterusan dalam melakukan kerja”
Umat Islam
pada hari ini perlu lebih banyak membaca dan mengkaji selain menambahkan ilmu
pengetahuan, antara kejayaan musuh Islam hari ini berjaya menyelinap masuk
dalam pendidikan di negara-negara umat Islam. Salah satu kejayaannya, iaitu
berjaya menerapkan teori-teori palsu yang tabiatnya bertentangan dengan
tuntutan Islam ke dalam ilmu-ilmu biologi, psikologi, sosiologi dan ekonomi.
Dalam bidang sejarah pula, dicuaikan sejarah Islam serta mengambil berat
tentang sejarah barat dan mengkajinya secara mendalam. Akhirnya, umat Islam
telah berjaya didoktrin pemikirannya secara tak langsung dan berjaya dikuasai
oleh musuh.
Umat Wajib Membebaskan Diri Dari Sistem Jahiliyah Moden
Sesungguhnya
Allah telah menetapkan orang-orang Islam tidak akan dikuasai oleh musuh-musuh
mereka yang dapat menghancurkan kekuatan mereka kecuali dari diri mereka
sendiri.
Manhaj Islam
adalah satu-satunya manhaj yang berjaya membebaskan manusia dari perhambaan
sesama manusia tetapi ada dalam manhaj sekular ciptaan manusia, iaitu manusia
mengabdikan diri sesama manusia.
Zaman fitnah
yang sedang diharungi ini telah memperlihatkan beberapa krisis kemanusiaan
telah hilang, banyak sistem yang dicipta telah memperhambakan manusia secara
tidak sedar. Hanya Islam penyelesaian, banyak contoh sistem kuffar di dunia
telah gagal dan tidak mampu menyelesaikan masalah manusia malah menambahkan
kerosakan dan kefasadan di muka bumi ini. Misalnya, sistem kapitalis yang diamalkan
oleh negara-negara Eropah hari ini telah menunjukkan kegagalan sistem ini.
Negara Greece contohnya hampir muflis disebabkan hutang yang sangat banyak.
Matawang dollar Amerika bila-bila masa sahaja akan jatuh, dan sekarang sedang
menunjukkan isyaratnya serta hutangnya trillioon dolar kepada Federal Reserve
iaitu sebuah bank Yahudi menunjukkan kegagalan sistem Kapitalis.
Sistem
jahiliyah juga kita dapat lihat banyak penyakit-penyakit melanda masyarakat
sekular Eropah juga melanda masyarakat Islam yang melaksanakan sistem sekular.
Antaranya :-
1. Ketandusan
pemimpin yang berakhlak
2. Ketagihan
dadah
3. Penyakit-penyakit
saraf dan jiwa
4. Jenayah-jenayah
yang tidak berperikemanusiaan
5. Hubungan
jenis yang dahsyat
6. Bunuh
diri.
Akhir sekali
Allah membalakan umat manusia hari ini dengan penyakit taun baru iaitu AIDS dan
HIV yang melanda seluruh negara-negara di dunia ini.
Colin Wilson
pernah menulis dalam bukunya “Keruntuhan Tamadun” :
“Peradaban kita yang kaya dari sudut material telah bergerak
perlahan-lahan mencipta masyarakat babi yang terbina dengan kekayaan yang
cemerlang dalam menggerakkan aktiviti barunya dan kemampuannya yang wajib dalam
menyahut dugaan-dugaan jasadnya, tetapi tidak mempunyai apa-apa kelayakan atau
kemampuan dalam membentuk hubungan rohani atau memasukkan dorongan-dorongan
perasaan”
Penutup
Kita mendoakan
supaya giliran umat Islam pula mengalahkan kembali musuh-musuh Allah SWT
dan memberi taufik kepada umat Islam dalam menuju kemenangan.
Firman Allah
SWT ;
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima darinya dan ia pada hari akhirat dari orang-orang yang rugi” (Ali
Imran : 85)
Wallahu a'lam
Disediakan
oleh,
Mohd Faizzudin Ghazali
Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan:
1. Aina
Khalal - Dimana Kesilapan, Prof Dr Yusof Qardhawi
2. Strategi
Musuh Menentang Islam : Dr Saaduddin Al-Sayyid Salih, Universiti Al-Azhar
Kaherah
Sumber : manhal-pmram
No comments:
Post a Comment