Dalam kehidupan
seharian manusia, pasti tidak dapat lari daripada penggunaan media eletronik.
Apakah itu media elektronik? Media elektronik adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan
pesanan-pesanan dari suatu sumber kepada khalayak ramai melalui alat-alat
komunikasi seperti komputer, radio, telefon dan televisyen. Segala informasi,
maklumat dan berita yang berlaku di dunia ini akan disampaikan melalui media
massa. Golongan yang tidak bergelumang dengan media massa ibarat “katak di
bawah tempurung” kerana tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling
mereka.
Pada zaman ‘dunia di hujung jari’ ini, konsep media massa semakin meluas kerana segala maklumat boleh didapati melalui internet. Penggunaan internet ibarat makanan ruji penduduk dunia pada hari ini. Oleh sebab itu, tidak pelik, semakin hari,semakin banyak program-program aplikasi yang diwujudkan seperti facebook, twitter, skype, viber, blogspot dan lain-lain.
Pada zaman ‘dunia di hujung jari’ ini, konsep media massa semakin meluas kerana segala maklumat boleh didapati melalui internet. Penggunaan internet ibarat makanan ruji penduduk dunia pada hari ini. Oleh sebab itu, tidak pelik, semakin hari,semakin banyak program-program aplikasi yang diwujudkan seperti facebook, twitter, skype, viber, blogspot dan lain-lain.
Namun penggunaan ini perlulah dikawal, agar tidak mendatang kerosakan mahupun sesuatu yang berunsur negatif agar manfaat dari media eletronik diguna dengan sebaiknya bagi manfaat seluruh umat manusia. Ia telah disebut di dalam Al-Quran firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."
(Al-Baqarah ayat : 195)
Jika penggunaan media elektronik disalahguna, ia seolah-olah membuka dan memberi ruang kepada bersikap mazmumah atau mendatang masalah tidak kiralah pada diri sendiri, masyarakat mahupun agama itu sendiri. Ayat di atas menyatakan dengan jelas agar jangan sengaja berbuat dosa mahupun menyebar sesuatu benda yang dilarang syariat.
Memanfaatkan internet dalam menyebarkan maklumat mahupun menuntut ilmu, boleh
membuahkan amal (ibadah).
Senang kata, kita dianggap memanfaatkan
media elektronik jika kesan penggunaannya membawa ke arah kebaikan, jika membawa ke
arah keburukan, kita dianggap menyalahgunakannya. Konteks kita pada hari ini sebagai
seorang pelajar dan pendakwah, kita boleh memanfaatkan media eletronik ini sebagai
medan menuntut ilmu dan berdakwah. Medan menuntut ilmu yang dimaksudkan di sini
bukanlah bermakna ia sebagai sumber atau rujukan utama tetapi sebagai sumber
sampingan atau pemudah cara dalam menuntut ilmu, kerana seorang penuntut ilmu
itu tidak dapat lari dari konsep “duduk” bersama guru sebagai platform utama dalam
menuntut ilmu yakni menghadiri majlis ilmu dan pengajian di universiti. Sebagai
contoh, kita boleh menggunakan perkhidmatan internet untuk mendengar ceramah secara
dalam talian (online) , menggunakan youtube untuk melihat rakaman-rakaman video
berkaitan ilmu dan isu semasa serta melayari laman web dan blogspot untuk
pencarian maklumat dan percambahan pengetahuan isu semasa.
Kecanggihan telefon bimbit kini memang diakui, namun
matlamat penggunaannya masih sama iaitu berhubung sesama manusia.
Seterusnya, cara pemanfaatan yang kedua iaitu sebagai medan dakwah pula merupakan cara yang paling utama dalam memanfaatkan media elektronik pada hari ini. Pendakwah dan penuntut ilmu pada hari ini perlu mempunyai kekreatifan dalam menggunakan semua media massa pada hari ini untuk berdakwah kepada masyarakat. Peluang keberkesanan dakwah lebih cerah melalui media eletronik kerana teras platform penyampaian maklumat mutakhir ini adalah melalui media elektronik.
Sebagai contoh, penyampaian dakwah melalui penulisan boleh disebarkan melalui, laman web, blogspot serta facebook. Dalam masa yang sama menjadi medan untuk pendakwah berkongsi ilmu dan memberi penjelasan sesuatu masalah berkaitan ilmu atau isu semasa.Selain itu, kebanyakan daripada kita mempunyai akaun dalam rangkaian facebook, maka manfaatkanlah ia sebaik mungkin, antaranya dengan cara menulis “status” yang berfaedah dan memberi manfaat kepada orang lain. Antara contoh lain, sebaran dakwah melalui penyampaian ceramah boleh disebarkan melalui penerbitan program khas di televisyen dan radio. Rakaman-rakaman dari ceramah boleh dimuatnaikkan ke youtube, facebook, laman web dan lain-lain. Malahan, hari ini sudah wujud fenomena vlogger, mereka berkongsi pendapat dan buah fikiran mereka melalui rakaman video.
Laman sosial Facebook kini menjadi laman sosial yang menjadi perkara
rutin yang digemari remaja dalam bersosial.
Satu kerugian umat Islam pada hari ini, penularan
budaya barat yang merosakkan pemikiran umat Islam kebanyakannya bersalur melalui
media eletronik dan media massa. Penyebar “budaya kuning” telah menguasai media massa seluruh dunia
sehingga membawa kepada kemunduran umat Islam hari ini. Maka, menjadi
tanggungjawab kita untuk memerangi semula serangan pemikiran ini. Umat Islam
perlu membuat satu transformasi atau anjakan paradigma dengan menjadi penguasa media
massa dunia.
Media massa yang selama ini dikatakan punca kemunduran umat Islam perlu diubah menjadi senjata utama kebangkitan umat Islam. Jika mereka boleh menggunakan media massa sebagai platform penyebaran kefahaman mereka,kenapa tidak kita? Kenapa tidak umat Islam memerangi semula serangan pemikiran ini dengan mengggunakan platform yang sama? Tambahan pula, platform ini tidak bertentangan dengan ketetapan syara’.
Oleh itu, anak muda Islam terutamanya perlu bangkit segera, manfaatkan media massa semaksima mungkin. Tidak mustahil, penguasaan umat Islam terhadap media massa adalah titik pertama kepada kebangkitan umat Islam yang dijanjikan suatu hari nanti. Memanfaatkan seluruh media yang ada perlu dipupuk sejak kecil atas kawalan yang bijak disamping kawalan yang rapi agar kebaikan dari media elektronik ini berjaya dikeluarkan.
Disediakan oleh
Ahmad Hanif Abdullah
Unit Pengisian Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013
No comments:
Post a Comment