Sabda Rasulullah SAW : “Puasa itu
perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah membua trafas,
janganlah berlaku jahil dan jika ada seseorang hendak membunuhnya, hendaklah
iaberkata : sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi Tuhan yang diriku dalam
tanganNya. Benar-benar bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih disukai Allah
SWT daripada bau kasturi, dan meninggalkan makan, minum serta syahwatnya
keranaKu. Puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan sesuatu kebaikan itu
dibalas sepuluh kali ganda”
Manusia dianugerahi nafsu yang fungsinya
bukan sahaja untuk menyeret manusia kepada keingkaran tetapi juga sebagai
motivator untuk kehidupan dunia yang lebih baik. Meskipun demikian, kerana
sifat semulajadinya nafsu ini yang lebih cenderung ke arah keburukan (as-suu’),
manusia juga dilengkapi dengan akal dan hati, yang dengan keduanya manusia
dapat menimbang dan membuat perkara yang terbaik buat diri, keluarga dan
masyarakatnya dengan berpandukan garisan yang ditetapkan syariat.
Dalam Islam, kita tidak dituntut untuk
‘mematikan’nafsu dengan segala keinginan dan kemahuan. ‘Mematikan’ nafsu berert
imembunuh diri kerana semua kemahuan diketepikan sama sekali. Dalam konsep
Islam, nafsu mesti ditundukkan kepada ‘kekuatan kebenaran’ agar ia tidak
menguasai kesuluruhan kegiatan seseorang itu.
Di akhir Ramadan ini, satu persoalan
timbul di benak fikiran seorang insan, tertundukkah nafsu seseorang itu di
dalam bulan yang dilimpahi jutaan keberkatan ataupun sekadar mendapat lapar dan
dahaga? Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Berapa banyak manusia yang berpuasa
tetapi tidak memperolehi daripadanya puasa itu kecuali lapar dan dahaga”.
Juga ditimbulkan persoalan, tertunduknya
nafsu seseorang itu hanya dibulan Ramadan sahaja ataupun pada bulan-bulan yang
lain selepas Ramadan? Kita sering diingatkan peristiwa semasa nafsu diciptakan,
nafsu itu akan tertunduk dengan cara sekat makanan dan minuman ke atasnya iaitu
berpuasa.
Teruskan ‘lakonan’ dalam bulan Ramadan ini
dengan membawanya pada bulan-bulan selepas Ramadan dengan berpandukan ‘kekuatan
kebenaran’ melalui al-Quran dan as-Sunah. Mudah-mudahan ianya membuhkan hasil
dengan terbentuknya peribadi yang baik dan mulia disisi Allah SWT.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik
tolak kepada kita untuk menjadi mukmin yang lebih bertaqwa dan dijauhkan
daripada neraka Allah SWT.
Disediakan oleh,
Siti Sarah Binti Bushari
Naib Pengerusi HEWI II
(Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012
Sumber : hewi.pmram.org
No comments:
Post a Comment