Oct 31, 2011

KHALIFAH 1432, Sumbangan Di buka, Bersama Jayakannya.

Untuk paparan lebih jelas, sila klik image ini.

Senarai harga haiwan Qurban 2011:
- Unta satu bahagia LE 800/ RM 430
- Lembu satu bahagian LE 1000/ RM 515
- Khoruf satu bahagian LE 800/ RM 430
- Kambing satu bahagian LE 600/RM 320

Oct 22, 2011

Membaca pertukaran tawanan dengan kaca mata Hudaibiyah


Zulkaedah tahun keenam Hijrah, di atas keangkuhan penguasa Quraisy menghalang rombongan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w.memasuki kota Mekah, termetrai perjanjian yang dikenali kini sebagai Sulh Hudaibiyah. Dalam pembacaan yang ringkas, beberapa terma yang dipersetujui di dalam perjanjian ini mendatangkan protes senyap di kalangan para sahabat yang mersakan bahawa kaum Muslimin bakal menerima kesan negatif hasil dari perjanjian ini.

Oct 17, 2011

HAKIKAT TAUHID DAN SYIRIK (Bahagian 1)



Iman kepada Allah taala adalah asas yang paling utama dalam tuntutan beragama. Iman dari sudut bahasa bermakna : "membenarkan". Adapun dari sudut istilah bermaksud : "membenarkan kesemua yang telah datang melalui Nabi Muhammad s.a.w.''

Oct 8, 2011

KISAH PENDITA YANG INSAF


Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."

Oct 2, 2011

Sejarah Islam yang berlaku pada bulan Zulkaedah



Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana kita masih lagi dipanjangkan umur  dan masih berada dalam nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Setelah Syawal meninggalkan kita dengan sejuta keberkatan daripada Allah S.W.T, kini kita telah berada di dalam bulan Zulkaedah. Setiap bulan Islam tentu ada rahsia yang perlu dicungkilkan untuk tatapan umatnya supaya setiap sejarah dan sorotan peristiwa menjadi pedoman dan iktibar untuk perjalanan hidup terutama pada masa kini.

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015