Jul 8, 2010

KOLOKIUM ILMUAN SIRI KE -4 (Q) PMRAM CAWANGAN ZAGAZIG



ZAGAZIG, 3 Julai – Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) telah mengadakan program Kolokium Ilmuan siri ke -4 (Q) bertempat di Dewan Darul Wehdah, Zagazig. Program ini telah bermula seawal jam 11.00 pagi dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Perubatan dan  Al  Azhar tahun 1. 
Para peserta telah dihidangkan dengan pembentangan  dua kertas kerja iaitu Amar Ma’ruf Nahi Mungkar dan Nasionalisme.
Pembentangan kertas kerja pertama iaitu Amar Ma’ruf Nahi Mungkar telah dikupas oleh Al Fadhil Ustaz Arifuddin  dari negeri Kelantan manakala, kertas kerja Nasionalisme telah dibentang dan dikupas oleh Al Fadhil Ustaz Azrul B Ismail dari negeri  Perak .  
Bertepatan dengan tema Kolokium Ilmuan pada tahun ini iaitu “Memperkasa Generasi Ulama’”, tidak lain bertujuan menjadikan generasi-generasi pewaris nabi memahami dengan mendalam akan konsep amar ma’ruf nahi mungkar yang sebenar dan seterusnya mempraktikkan konsep tersebut dalam konteks kehidupan seharian. Selain itu, konsep ini juga dapat membangkitkan semangat keberanian dalam diri agar tidak takut dan gentar dalam menjalankan segala perintah Tuhan Pencipta Alam. Laungan semangat kebangsaan ataupun nasionalisme dalam mempertahankan negara yang selama ini dilaung-laungkan telah diulas lanjut dan  diberi kefahaman yang sohih oleh pembentang.
Program ini berakhir pada jam 4.30 petang dan diakhir dengan jamuan ringan.

QIAMULLAIL PERDANA BERSAMA BP ANGKAT





ZAGAZIG, 1 Julai – Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig julung kali mengadakan Qiamullail Perdana bersama Badan Pengurus PMRAM angkat cawangan Zagazig selepas tamat peperiksaan fasa ke -2. Qiamullail ini telah dihadiri oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Al Fadhil Ustaz Ahmad Huzaifah Bin Fauzi selaku BP angkat bagi PMRAM cawangan Zagazig yang juga merupakan Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM.
Munajat ini bermula pada jam 3.00 pagi dan turut diadakan solat hajat untuk  adik salah seorang pelajar perubatan Zagazig yang telah terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Setelah selesai solat subuh, majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Subuh oleh Al Fadhil Us Huzaifah yang menekankan peri pentingnya tarbiyyah dan dakwah dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa muslim. Beliau juga turut menegaskan bahawa kesatuan antara mahasiswa sangat penting dalam usaha menegak dan menubuhkan  Daulah Islamiyyah.
Majlis Qiamullail Perdana ini berakhir pada jam 6.30 pagi dan diakhiri dengan kudapan pagi bersama-sama dengan ahli-ahli yang hadir.

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015