Jul 8, 2010

QIAMULLAIL PERDANA BERSAMA BP ANGKAT





ZAGAZIG, 1 Julai – Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig julung kali mengadakan Qiamullail Perdana bersama Badan Pengurus PMRAM angkat cawangan Zagazig selepas tamat peperiksaan fasa ke -2. Qiamullail ini telah dihadiri oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Al Fadhil Ustaz Ahmad Huzaifah Bin Fauzi selaku BP angkat bagi PMRAM cawangan Zagazig yang juga merupakan Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM.
Munajat ini bermula pada jam 3.00 pagi dan turut diadakan solat hajat untuk  adik salah seorang pelajar perubatan Zagazig yang telah terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Setelah selesai solat subuh, majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Subuh oleh Al Fadhil Us Huzaifah yang menekankan peri pentingnya tarbiyyah dan dakwah dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa muslim. Beliau juga turut menegaskan bahawa kesatuan antara mahasiswa sangat penting dalam usaha menegak dan menubuhkan  Daulah Islamiyyah.
Majlis Qiamullail Perdana ini berakhir pada jam 6.30 pagi dan diakhiri dengan kudapan pagi bersama-sama dengan ahli-ahli yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015