Oct 1, 2010
Kata Aluan Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ 2010/11
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. صلواة الله وسلامه على هذا النبي الكريم وعلى آله وأصحابه وقاعد الدعاة المجاهدين ومن اقتدى بتعاليمه واستنى بسنته الى يوم الدين أما بعد
Alhamdulillah pertama dan selama-lamanya marilah sama-sama kita rafa’kan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya masih lagi diberi kesempatan kepada kita semua untuk mengecapi nikmat iman dan islam untuk sama-sama kita meneruskan lagi tugasan dan taklifan yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai hamba yang mana diwajibkan kepada kita untuk menegakkan AD-DIN di muka bumi Allah ini.
Dakwah adalah tugas mulia lagi terpuji. Namun, bukan semua orang mahu menggalas kerja dakwah ini. Ada yang skeptikal, kononnya menyarung jubah dakwah seolah-olah menghampiri garisan ekstrimisme dalam Islam. Ada yang berpandangan, kerja dakwah adalah kerja para asatizah, kerja pak imam dan tok qadhi. Ini adalah salam faham dalam konsep dakwah yang perlu kita semua hindari dan jauhi.
Realitinya, semua orang boleh menjadi pendakwah. Secara umum, dakwah itu sendiri ada dua kategori, iaitu dakwah kepada non muslim dan dakwah sesama muslim. Dakwah kepada non muslim adalah Dakwah Islamiyyah, mengajak mereka memeluk Islam, beriman kepada Allah SWT dan Muhammad SAW. Manakala dakwah sesama muslim ialah Dakwah Islahiyyah, yakni memperbaiki sesama muslim agar menjadi lebih taat dan takwa kepada Allah SWT.
Dengan ini marilah sama-sama kita memperkasa dan mempertingkatkan prestasi dakwah kita dari semasa ke semasa dengan gaya bahasa atau uslub penuh berhikmah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:-
(ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ...الخ)
Surah An-Nahlu: 125
Maksudnya :-
Serulah manusia kepada jalan Tuhan hikmah dan pengajaran yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk.
Akhir kalam ana menyeru kepada semua sahabat sahabiah untuk sama-sama kita memperkasakan institusi dakwah kita di Zagazig khususnya dan di seluruh dunia umumnya.Wallahua’lam.
Disediakan Oleh : Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ 2010/11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment