Apr 3, 2011

Pengumuman Perjalanan Rakan Muslim/Muzakarah Berkelompok


Assalamulaikum w.b.t dan salam revolusi kepada semua sahabat sahabiah yang berada di bumi Zagazig. Ana selaku wakil Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ merasakan masih belum terlambat untuk mengucapkan ahlan wa sahlan kepada sahabat sahabiah ke bumi Mesir bagi meneruskan agenda pencarian ‘thaqafah’ baik Pengajian Islam mahupun Pengajian Perubatan.
                Dengan ini ana selaku wakil Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig ingin memaklumkan bahawa perjalan Rakan Muslim bagi mahasiswa Pengajian Islam telan pun bermula pada 1 Mac 2011 hari Jumaat.
Disini pihak kami ingin menekan kepada sahabat supaya kita semua dapat menghadiri Rakan Muslim/Muzakarah berkelompok dan mejadikannya sebagai medan latihan untuk berdakwah untuk sama-sama kita menterjemahkan apa yang dipelajari di dalam Rakan Muslim kepada gerak kerja dakwah di Malaysia nanti.
                Akhir kalam,pihak kami berharap kepada semua ahli DPMZ agar dapat sama-sama menjayakan Rakan Muslim dan semoga sahabat sahabiah dapat me’revolusi’kan diri kea rah yang lebih baik dengan mengambil kesempatan dengan keberadaan di dalam Rakan Muslim/Muzakarah Berkelompok sebagai satu wasilan atupun wadah untuk keberjayaan kita di dunia dan akhirat. Wassalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015