May 21, 2011

Sunat Dhuha





Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 

May 19, 2011

Malam Tautan Iman Minggu 2 – Menyedari Kelemahan Diri & Elak Mencuri Di Dalam Solat




ZAGAZIG, 20 Mei - Kempen Bulan Solat sudah semakin menampakkan hasil yang memberansangkan apabila semakin ramai ahli turut serta dalam Majlis Tautan Iman minggu ke-2 di Pejabat DPMZ pagi tadi.

Bermula seawal jam 2 dengan qiamullail dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Rosdi bin Latif selaku Penasihat 1 DPMZ, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian rohani yang dapat melembutkan kembali hati lagi menenangkan jiwa.

May 18, 2011

Mari Bersama Menuju Syurga Allah



Malam Tautan Iman minggu kedua akan diadakan bersempena Kempen Bulan Solat DPMZ 1432H. Seluruh ahli mahasiswa digalakkan untuk menghadiri program yang amat memberi manfaat kepada anda di dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman di dalam Surah Az-Dzariyyat : 15-18 "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Oleh itu, marilah kita mempermudahkan jalan menuju syurga Allah dengan menambahkan ibadah kepadanya terutamanya di waktu yang dikabulkan doa iaitu malam Jumaat.

May 17, 2011

Apa Hebatnya Solat Diawal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Ekspedisi Ziarah Bulan Solat Mahasiswi Sampaikan Dakwah Dengan Berkesan



Zagazig,13 Mei 2010 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1432 H- Kempen Bulan Solat di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DMPZ telah dilancarkan pada 9 Mei 2011 selepas  solat sunnat hifzi di Dewan Darul Wehdah. Pelancaran yang hanya melibatkan pelajar mahasiswi itu dihadiri oleh hampir 30 orang ahli DPMZ.Antara agenda yang akan dilaksanakan bersempena kempen ini adalah Ekspedisi Ziarah ke rumah ahli DPMZ oleh adhoc pelaksana kempen dan skuad-skuad penggempur(promosi). Ekspedisi kali pertama peringkat akhawat telah dilaksanakan pada 13 dan 14 mei yang lalu.

Ekspedisi ziarah ini telah melibatkan 14 orang skuad penggempur yang terdiri daripada naqibah dan timbalan naqibah tahun 5(akhawat). Kawasan-kawasan perumahan ahli  yang terlibat dalam ekspedisi ini adalah kawasan Kafr Zend,Salam,Qaumiah, Mauaf Tanta Qodim dan Villa Gamaah . Setiap penggempur telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan perjalanan ekspedisi ini.

May 15, 2011

"Malam Tautan Iman", medan Tarbiah Ruhiyyah



 "Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang."

ZAGAZIG, 13 Mei - Bersempena Kempen Bulan Solat Yang dilancarkan sepanjang bulan Mei ini, pihak DPMZ di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan telah menganjurkan 'Malam Tautan Iman' di pejabat DPMZ yang bermula sekitar jam 2 pagi tadi.

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015