ZAGAZIG, 20 Mei - Kempen Bulan Solat sudah semakin menampakkan hasil yang memberansangkan apabila semakin ramai ahli turut serta dalam Majlis Tautan Iman minggu ke-2 di Pejabat DPMZ pagi tadi.
Bermula seawal jam 2 dengan qiamullail dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Rosdi bin Latif selaku Penasihat 1 DPMZ, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian rohani yang dapat melembutkan kembali hati lagi menenangkan jiwa.
Di dalam tazkirah yang disampaikan, beliau menyedarkan para hadirin agar sentiasa khusyuk dan menghadirkan hati ketika solat untuk ibadah solat yang sempurna. Beliau juga mengingatkan kita agar tidak termasuk di dalam golongan orang yang mencuri di dalam solat.
Di samping itu, beliau turut menceritakan bagaimana khusyuknya para salafus soleh terdahulu dalam beribadah serta betapa pentingnya memahami hadith dan sunnah dengan kefahaman yang sebenar.
Di penghujung majlis, para hadirin dihidangkan dengan menu roti canai dan air teh sebagai santapan sarapan pagi.
Qiamullail..muhasabah dan insafi kelemahan diri
Awas pencuri di dalam solat! - antara kandungan tazkirah
Tekun mendengar pengisian yang disampaikan
Sedapnya...hidangan sarapan pagi selepas majlis
No comments:
Post a Comment