Sep 17, 2011

10 Muwasafat Tarbiyah




10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.


Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1) Aqidah Sejahtera

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubha

Pemerincian ciri :
ü  Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
ü  Tidak berhubung dengan Jin
ü  Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
ü  Tidak menenung nasib
ü  Tidak mendekati tukang tilik
ü  Tidak mengusap kubur
ü  Tidak meminta bantuan dari simati
ü  Tidak bersumpah dgn selain Allah
ü  Tidak mempercayai adanya sial
ü  Mengikhlaskan amal kerana Allah
ü  Mengimani rukun-rukun Iman
ü  Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
ü  Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
ü  Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pemerincian ciri :
ü  Tidak menolak utk azan
ü  Bersuci dgn sempurna
ü  Sangat menghargai solat berjemaah
ü  Sangat suka berjemaah di masjid
ü  Memperbaiki mutu solat
ü  Qiamullail seminggu sekali
ü  Menunaikan zakat
ü  Berpuasa wajib
ü  Berpuasa sunat sehari setiap bulan
ü  Ada niat utk menunaikan haji
ü  Beriltizam dgn adab-adab tilawah
ü  Khusyuk ketka membaca al-Quran
ü  Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
ü  Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
ü  Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
ü  Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
ü  Menjauhi dosa-dosa besar
ü  Sentiasa membaca zikir pagi
ü  Sentiasa membaca zikir petang
ü  Mengingati Allah swt pada setiap situasi
ü  Menunaikan Nazar
ü  Menyebarkan Salam
ü  Menahan anggota dari perkara haram
ü  Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
ü  Menggunakan sugi/siwak
ü  Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pemerincian ciri :
ü  Tidak takabbur
ü  Mempunyai pendirian
ü  Tidak menipu
ü  Tidak mencaci
ü  Tidak mengadu domba
ü  Tidak mengumpat
ü  Tidak berdusta
ü  Tidak mengejek
ü  Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
ü  Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
ü  Mengasihi orang yg lebih muda
ü  Menghormati orang yg lebih tua
ü  Menunaikan janji
ü  Menundukkan pandangan
ü  Menjaga rahsia
ü  Menutup dosa orang lain
ü  Cemburu terhadap isteri
ü  Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam

Pemerincian ciri :
ü  Mejauhi pekerjaaan yang haram
ü  Menjauhi riba
ü  Menjauhi judi
ü  Menjauhi penipuan
ü  Menunaikan zakat
ü  Membuat simpanan walaupun sedikit
ü  Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
ü  Memelihara harta awam
ü  Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pemerincian ciri :
ü  Mampu membaca dan menulis dgn baik
ü  Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
ü  Memelihara hukum-hukum tilawah
ü  Menghafaz setengah dari hadith 40
ü  Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
ü  Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
ü  Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
ü  Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
ü  Mengetahui hukum-hukum solat
ü  Mengetahui hukum-hukum puasa
ü  Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
ü  Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
ü  Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
ü  Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
ü  Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
ü  Mendengar dengan baik
ü  Mampu memberikan pandangan
ü  Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
ü  Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"
    * Pesanan al-Banna:

"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pemerincian ciri :
ü  Menjauhi perkara-perkara haram
ü  Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
ü  Meninggalkan tempat-tempat maksiat

7) Mampu melawan nafsu

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8)Teratur urusannya

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka "..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia."

Pemerincian ciri :
ü  Penampilan yg elok
ü  Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakw

Pemerincian ciri :
ü  Bangun awal
ü  Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kepda Orang Lain

    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pemerincian ciri :
ü  Menunaikan hak ibu bapa
ü  Menyertai majlis-majlis kegembiraan
ü  Membantu orang-orang yg memerlukan
ü  Membimbing orang yang sesat
ü  Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015