Saudara Mohd Faizzudin sedang berkhutbah Hari Raya Aidiladha
ZAGAZIG, 6 November 2011-Pihak DPMZ telah mengadakan solat sunat Aidiladha di Masjid Fattah, Masjid Negeri Syarqiah, Zagazig khusus kepada rakyat Malaysia yang berada di Bumi Zagazig. Ini merupakan pertama kali diadakan, saban tahun diadakan di Stadium Syarqiah bersama masyarakat arab Mesir.
Selepas selesai solat sunat Aidiladha oleh masyarakat arab Mesir di Masjid Fattah, kehadiran mahasiswa/wi Malaysia jam 7 pagi dan kemudiannya, takbir raya versi Malaysia bergema di dalam masjid tersebut. Tepat jam 7.50 pagi, solat sunat Aidiladha pun dilaksanakan dan diimamkan oleh Saudara Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi, Pengerusi DPMZ sendiri dan seterusnya, khutbah raya di sampaikan oleh Saudara Mohd Faizzudin Bin Ghazali, Naib Presiden 1 PMRAM merangkap ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan.
Mahasiswa Malaysia sedang khusyuk bertakbir raya
Intipati khutbah yang disampaikan itu adalah 3 item penting ibrah atau pengajaran yang boleh diambil daripada kisah qurban Nabi Ibrahim AS dengan anak baginda Nabi Ismail AS. Pertama, nilai keimanan kepada Allah SWT, kedua, ukhuwwah dalam menggerakkan amal islami dan ketiga, berpegang teguh dengan prinsip Islam.
Selesai solat sunat Aidiladha dan khutbah raya, masing-masing bersalaman sesama sendiri dan sesi bergambar diadakan di dalam dan di luar masjid tersebut. Kegembiraan diraut wajah terserlah walaupun jauh perantauan berhari raya, ada yang pertama kali berjauhan daripada keluarga tercinta dan ada yang setiap tahun berhari raya di perantauan tanpa keluarga tecinta.
Mahasiswa Malaysia bergambar
Ini bertepatan dengan tema KHALIFAH 1432H iaitu ‘Aidiladha Dirai, Ukhuwwah Dipatri’. Moga-moga sambutan hari raya Aidiladha pada kali ini memberi sesuatu yang lebih bermakna. Dan tautan ukhuwwah yang terjalian diredhai oleh Allah SWTdan berkekalan ke akhir hayat.
Barisan kepimpinan DPMZ dan BP PMRAM
Kegembiraan raut wajah mahasiswa Malaysia terserlah
No comments:
Post a Comment