ZAGAZIG, 28 JANUARY 2012- Unit Biah Solehah di bawah pantauan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah menganjurkan satu program forum santai iaitu ZAGAZIG WINTER GATHERING 2012. Majlis yang bertemakan "Mencari Mutiara Nil" itu bermula sekitar jam 6.30 pm dan berakhir kira-kira jam 10.00 pm.
Sesuai
dengan pembawakan Unit Biah Solehah pada bulan ini iaitu "Pembentukan
Fikrah & Syaksiah", DPMZ menjemput dua orang panelis yang tidak
asing lagi di bumi mesir ini iaitu Ustaz Zuhaili saiman yang merupakan
Presiden PMRAM dan isterinya iaitu Ustazah Izzati Farhana Mahadzir yang
merupakan penasihat Hewi PMRAM. Turut terlibat saudara Alif Ahmad Maher
sebagai moderator lebih menceriakan suasana diawal hingga ke akhir
majlis.
Turut
serta dalam majlis tersebut ialah Badan Pengurus PMRAM, Saudara
Zulhafeez Zahidi dan bakal BP PMRAM sesi akan datang iaitu Saudara
Ahmad.
Kehadiran
ahli yang berpusu-pusu ke dewan untuk mendengar forum dari gandingan
yang mantap ini membuktikan pembawakan yang dibawa oleh DPMZ semakin
mendapat tempat di hati ahli-ahli dan keberkesanannya kian membanggakan.
Pada
awal majlis, panelis pertama iaitu Saudara Muhammad Zuhaili Saiman telah
mengupas dengan begitu menarik erti sebenar fikrah dan syaksiah, dan
seterusnya forum tersebut lebih menjurus kepada kepentingan institusi
Bait Muslim sebagai wadah untuk melahirkan jati diri yang sejati.
Ahli-ahli
juga diberikan peluang untuk melontarkan soalan kepada kedua-dua
panelis tentang permasalahan yang berkaitan dengan pembentukan bait
muslim. Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh ahli untuk
menjawab segala kemusykilan mereka berkaitan kepentingan melonjakkan
diri dari fardhu muslim kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu baitul
muslim.
DPMZ
mengucapkan tahniah kepada Unit Biah Solehah kerana berjaya membawa
satu objektif yang bijak bagi menarik minat ahli dalam memastikan
suasana yang islamik terus dipertahankan di Zagazig ini. Semoga dengan
pembawakan yang dilaksanakan pada masa akan datang akan terus didokong
oleh seluruh ahli dan mencapai matlamat dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment