ZAGAZIG, 5 Februari 2012 - Bersempena Sambutan Maulidurrasul 1433H, Unit Biah Solehah di bawah kendalian Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah mengambil inisiatif bijak dengan menganjurkan satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran Baginda Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang di beri nama "Ihya' Sunnah" pada 12 Rabiul awal 1433H bersamaan Februari 2012. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Masjid Salam sekitar jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam.
Kehadiran
pengisi yang terkenal dengan sifat keilmuannya yang tinggi dalam bidang
agama berjaya menarik perhatian ahli DPMZ untuk turun padang bagi
besama-sama menghayati dan mengambil ibrah dari kisah dan sunnah
perjuangan Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
Pengisi
yang dimaksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul b. Abd Nasir,
mahasiswa tahun akhir kuliah Usuluddin Dakwah Universiti Al- Azhar
Kaherah sy'bah Tafsir. Pada awal majlis, Pengerusi DPMZ Saudara Mohd
Zainullah b. Mohd Pauzi terlebih dahulu menyampaikan kata-kata aluan dan
azimat kepada ahli supaya terus menyokong dasar perjuangan islam yang
telah dibawa oleh ulama-ulama terdahulu sehingga ulama kontemporari pada
masa kini.
Majlis
kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan Selawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dipimpin oleh
kumpulan nasyid InSaff. Seluruh ruangan masjid bergema dengan bacaan
selawat tanda syukur dan puji-pujian buat baginda Muhammad Sallallahu
Alaihi Wassalam, penutup segala nabi dan rahmat kepada seluruh alam.
Isi
ceramah yang disampaikan oleh pengisi yang berkisarkan sirah perjalanan
nabi-nabi terdahulu sehinggalah kepada penutup sekalian nabi banyak
memberi input yang berkesan kepada ahli dalam menyingkap kesan
perjalanan utusan Allah yang mulia di atas muka bumi ini.
Harapan
DPMZ agar seluruh ahli dapat mengambil pengajaran dan terus berusaha ke
arah menghidupkan semula Sunnah Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang
kian lama ditinggalkan walhal dalam masa yang sama kita mengaku bahawa
kitalah ummat baginda yang bertuah. Semoga dengan program-program
sebegini dapat memberikan mesej kepada ahli bahawa DPMZ sentiasa membawa
nama dan nilai islam dalam memastikan biah solehah di bumi Zagazig
sentiasa dihidupkan.
No comments:
Post a Comment