Untuk
menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau
mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram
hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1.
Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf
di Baitullah.
3.
Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud
tilawah atau sujud syukur.
5.
Memegang (menyentuh/ membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan
menyentuh/ membawa/ memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak
tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang
Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2.
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu
pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air
mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih
dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan
ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air
ke kulit / rambut/ kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna
rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam
perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar
sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis,
angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur
yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang
akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari
kecil atau besar hidup ataupun mati.
5.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali
muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah,
Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6.
Murtad.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun
wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat bermaksud
"Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum
berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah
dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2.
Membasuh muka
3.
Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4.
Menyapu air di kepala
5.
Membasuh kedua kaki
6. Tertib
Doa Ketika Wuduk
1. Ketika
berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda
yang tak berfaedah
2. Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri
3. Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di
tangan kanan ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya
di tangan kanan
4. Ketika
membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan
hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya
di tangan kiri
5. Ketika
membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam
matahari sejengkal di atas
kepala.
6. Ketika
membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini"
Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah, lagu2
berunsur maksiat ..
7. Ketika
membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan
pantas sekali
8. Ketika
membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah
Sumber : www.solat.info
No comments:
Post a Comment