Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari
yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada
hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah
s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan
hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih
besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu
terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda
di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam
‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan
kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(HR Ibnu Majah)
Rasulullah
SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan
disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan
hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan
berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ".
(HR Al Baihaqi)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari
Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu
ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana
selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah
s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi
(tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah
bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid
untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika
khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat
itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang
hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya.
Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di
sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, dan an-Nawawi)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada
hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah
kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi.)
Sumber : ubs-pmram
No comments:
Post a Comment