Dec 25, 2012

Laporan Majlis BerbukaPuasa (Ifthor Jamie )


Zagazig, 24 November 2012- Unit Biah Solehah (UBS) telah menganjurkan majlis berbuka puasa (Ifthor Jamie) secara jemaah bersempena 10 Muharam 1434H. Semua umat disunatkan berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan yang tersendiri.


Majlis Berbuka Puasa (Ifthor Jamie) ini bermula tepat pada pukul 5.45 petang sejurus berkumandangnya  azan maghrib. Lokasi pihak ikhwah adalah di Dewan Darul Wehdah dan pihak akhawat pula di rumah Dr. Azlizan. Antara permulaan berbuka puasa ialah berbuka dengan beberapa biji kurma,buah-buahan dan air mineral. Setelah itu,  menunaikan solat maghrib dan solat sunat hajat secara berjemaah bagi mendoakan kesejahteraan dan kemenangan umat Islam di bumi Syria, Palestin, Yaman dan lain-lain.

 Bacaan Tahlil juga turut dibacakan dan diketuai oleh Saudara Nasuha Bin Zakariah. Di sebelah akhawat turut berjalannya aktiviti bacaan Yassin. Nasi ayam masak merah merupakan menu berbuka puasa pada hari tersebut.

Apabila tibanya waktuI sya’, sekali lagi solat secara berjemaah dan bersiap untuk pulang. Sebelum itu, diadakan juga pembacaan doa beramai-ramai di pihak akhawat dan qunut nazilah untuk saudara-saudara seIslam di seluruh dunia.Unit BiahSolehah (UBS) berharap agar dengan terlaksananya majlis ini tautan ukhuwah antara semua warga bumi Zagazig semakin kukuh dan harmoni.



Disediakan

Unit Pengisian Biah Solehah DPMZ 2012 / 2013

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015