Jan 22, 2013

Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar



Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia




Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan yang wujud antara media elektronik dengan keruntuhan akhlak pelajar. Fokus kajian meliputi pemerhatian terhadap kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 

                 Satu set soal selidik yang mengandungi 33 item telah diedarkankepada 91 responden daripada tiga kursus yang dipilih sebagai responden kajian. Walaubagaimanapun, hanya 87 responden yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan Statistical Package ForSocial Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. 


Jan 8, 2013

Manfaat Media Elektronik Mengikut Kehendak Islam


           Dalam kehidupan seharian manusia, pasti tidak dapat lari daripada penggunaan media eletronik. Apakah itu media elektronik?  Media elektronik adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan dari suatu sumber kepada khalayak ramai melalui alat-alat komunikasi seperti komputer, radio, telefon dan televisyen. Segala informasi, maklumat dan berita yang berlaku di dunia ini akan disampaikan melalui media massa. Golongan yang tidak bergelumang dengan media massa ibarat “katak di bawah tempurung” kerana tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka. 

Jan 7, 2013

Pembawakan Unit Biah Solehah DPMZ 2012 / 2013


Unit Biah Solehah adalah satu unit khas di bawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan. Ia menyeru kepada berbuat baik dan melahirkan biah solehah atau suasana yang baik mengikut kehendak syara'. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT :

Jan 2, 2013

Bulan Safar


Pengertian Bulan Safar.

Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. 

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015