Pada bulan jun ini, Unit Biah Solehah akan meneruskan lagi
pembawakan bagi memastikan warga Malaysia khususnya di bumi Zagazig terjaga dan
tumbuh dipersekitaran yang baik. Pembawakan yang dimaksudkan pada bulan ini
adalah “Pembentukan Fikrah Dan Syaksiah”.
Dari segi bahasa Fikrah itu ada pemikiran dan syaksiah pula
adalah peribadi. Namun penekananan UBS DPMZ adalah fikrah dan syaksiah Islamiah
Sohehah (benar) yang bertepatan dengan syarie.
Al Baqarah ayat 138
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُون
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُون
Firman Allah yang bermaksud: “Celupan Allah yang mencorakkan
seluruh kehidupan kami dengan corak Islam,
dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah? (Kami
tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.”
Ayat di atas menerangkan bagi kita bahawa agama Islam adalah
agama yang terbaik kerana ia berasal dari Pencipta Yang Agung, maka tiada
keraguan padaNya. Kesyumulan Islam meliputi segalanya-galanya dan tiada
terkecuali dan Firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan Kitab Al-Quran kepada kamu dengan
menerangkan setiap sesuatu”.
(An-Nahl: 89)
Islam tidak melarang kita berhibur mahupun bersuka-ria, namun matlamat Islam
itu lebih besar iaitu menerapkan nilai Islam dalam hidup berdasarkan syara'.
Maka fikrah kita perlu jelas bahawa segala amalan mestilah
benar pada pelaksanaannya agar ia menatijahkan
syaksiah yang baik dan sahih dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil
perkara. Biarlah hidup ini dipandu oleh agama agar segala perlakuan kita
diredhai Allah SWT dan tidak mendatangkan kemurkaanNya.
Akhirnya , sama-sama kita menjayakan pembawakan yang baik
ini dengan selalu mempelajari agama dan melihat sirah Rasulullah SAW agar
fikrah terjaga dan syaksiah terpelihara. Jadi hidup hari ini lebih bermakna
dari semalam dengan merealisasikan “Indahnya
Hidup Bersyariat”.
Disediakan
Saudara Amirul Adli
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013
No comments:
Post a Comment