Malam Tautan Iman minggu kedua akan diadakan bersempena Kempen Bulan Solat DPMZ 1432H. Seluruh ahli mahasiswa digalakkan untuk menghadiri program yang amat memberi manfaat kepada anda di dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman di dalam Surah Az-Dzariyyat : 15-18 "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Oleh itu, marilah kita mempermudahkan jalan menuju syurga Allah dengan menambahkan ibadah kepadanya terutamanya di waktu yang dikabulkan doa iaitu malam Jumaat.
May 18, 2011
May 17, 2011
Apa Hebatnya Solat Diawal Waktu?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Ekspedisi Ziarah Bulan Solat Mahasiswi Sampaikan Dakwah Dengan Berkesan
Zagazig,13 Mei 2010 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1432 H- Kempen Bulan Solat di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DMPZ telah dilancarkan pada 9 Mei 2011 selepas solat sunnat hifzi di Dewan Darul Wehdah. Pelancaran yang hanya melibatkan pelajar mahasiswi itu dihadiri oleh hampir 30 orang ahli DPMZ.Antara agenda yang akan dilaksanakan bersempena kempen ini adalah Ekspedisi Ziarah ke rumah ahli DPMZ oleh adhoc pelaksana kempen dan skuad-skuad penggempur(promosi). Ekspedisi kali pertama peringkat akhawat telah dilaksanakan pada 13 dan 14 mei yang lalu.
Ekspedisi ziarah ini telah melibatkan 14 orang skuad penggempur yang terdiri daripada naqibah dan timbalan naqibah tahun 5(akhawat). Kawasan-kawasan perumahan ahli yang terlibat dalam ekspedisi ini adalah kawasan Kafr Zend,Salam,Qaumiah, Mauaf Tanta Qodim dan Villa Gamaah . Setiap penggempur telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan perjalanan ekspedisi ini.
May 15, 2011
"Malam Tautan Iman", medan Tarbiah Ruhiyyah
"Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang."
ZAGAZIG, 13 Mei - Bersempena Kempen Bulan Solat Yang dilancarkan sepanjang bulan Mei ini, pihak DPMZ di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan telah menganjurkan 'Malam Tautan Iman' di pejabat DPMZ yang bermula sekitar jam 2 pagi tadi.
May 11, 2011
Apr 3, 2011
Pengumuman Perjalanan Rakan Muslim/Muzakarah Berkelompok
Assalamulaikum w.b.t dan salam revolusi kepada semua sahabat sahabiah yang berada di bumi Zagazig. Ana selaku wakil Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ merasakan masih belum terlambat untuk mengucapkan ahlan wa sahlan kepada sahabat sahabiah ke bumi Mesir bagi meneruskan agenda pencarian ‘thaqafah’ baik Pengajian Islam mahupun Pengajian Perubatan.
Dengan ini ana selaku wakil Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig ingin memaklumkan bahawa perjalan Rakan Muslim bagi mahasiswa Pengajian Islam telan pun bermula pada 1 Mac 2011 hari Jumaat.
Dec 18, 2010
Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan NurudinZenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)



