Aug 23, 2011

IRHAM'11 Telah Membuka Tirainya



KAHERAH, 23 Ogos - Ihya' Ramadhan & Sambutan Kemerdekaan [ IRHAM'11 ] telah membuka tirainya semalam dengan perasmian oleh Penasihat PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime sebelum iftar jamaie di Dataran Haiyu Asyir .


Majlis perasmian tersebut disempurnakan tersebut dengan gimik perasmian melepaskan burung sebagai simbolik pembebasan kemerdekaan yang telah dikecapi hari ini.

" Bulan Ramadhan yang kita lalui kini banyak mengajar kita untuk bersatu sejajar dengan kempen PMRAM " 1 Fikrah 1 Amal " dalam merealisasikan kesatuan dikalangan mahasiswa sepertimana penganjuran Iftar Mahabbah baru-baru ini yang telah dianjurkan oleh BKAN Selangor ,Terengganu ,Melaka dan Pahang " ujar Penasihat PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime dalam ucapan perasmian IRHAM'11 semalam.

" Kemerdekaan dalam Islam juga telah membuka mata dunia akan penghayatan nilai kemerdekaan yang sebenar, lakaran sejarah agung Islam peristiwa "Fathul Makkah" apabila kaum muhajirin membuktikan kecintaannya pada tanahair mereka di Mekah dalam misi memerdekakan tanahair mereka daripada belenggu kejahilan dengan penyembahan berhala dan seumpamanya" tambahnya lagi .

Sumber : PMRAM

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015