Aug 23, 2011

Pengajaran Tarbiyyah Dari Al Quran



KAHERAH, 21 Ogos - PMRAM telah mengadakan liqa` bulanan buat seluruh jentera fasilitator PMRAM bertempat di Rumah Jawa Tengah Haiyyu `Asyir seawal jam 9.30 pagi tadi.
 
Satu perbincangan telah diadakan dengan membedah sebuah buku karangan Syeikh Muhammad Qutub yang bertajuk Pengajaran Tarbiyyah dari Al Quran Al Karim.

Tiga panel ditampilkan bagi membedah buku tersebut iaitu saudara Ridzuan Nazri, saudara Nik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris dan saudari Zulaikha Ali.

Manakala moderator dipengerusikan sendiri oleh HEWI PMRAM saudari Intan Soraya Hashim.

Kehadiran fasilitator yang dijangkakan sekitar 230 orang telah memenuhi dewan tersebut.

Turut hadir Badan Pengurus saudara Mohd Faizuddin Ghazali, Presiden, Penasihat dan HEWI PMRAM.

Kesempatan yang ada juga tidak disia-siakan untuk mendengar amanat daripada Tuan Presiden saudara Muhamad Zuhaili Saiman seusai pembentangan kitab. "

Para fasilitator perlu mengambil ibrah daripada peristiwa Badar Kubra yang berlaku dimana para sahabat menunjukkan kebersamaan mereka bersama baginda SAW yang dimulai dengan Abu Bakar dan Umar untuk berhadapan dengan musuh." ujar beliau.

" Jentera fasilitator mesti menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjalankan amanah bukan hanya diserahkan kepada ketua fasi sahaja" katanya lagi.

Tidak dilupakan saudara Mujahid Ir Fadzil selaku Ketua Jabatan Fasilitator PMRAM yang bertungkus lumus menjayakan pertemuan ini mengharapkan pengisian yang telah diberikan mampu dilaksanakan diperingkat masing-masing.

Sumber : PMRAM

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015