PELBAGAI cara dan bentuk boleh membuatkan manusia jatuh cinta kepada Allah Taala. Ia amat mudah dan ringkas. Terkadang manusia tidak dapat melihatnya kerana mereka tidak banyak memikirkan kejadian-kejadian alam dan suasana sekeliling.
(1) Cinta manusia kepada dirinya sendiri menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.
Apabila perasaan cinta kepada diri sendiri timbul, ia mampu membawa cinta kepada Allah Taala. Kerana Allah-lah yang menghidupkannya, mewujudkan jasadnya dimuka bumi ini. Umurnya berlanjutan kerana Allah, sempurnya penciptaannya kerana Allah. Manusia tidak mampu wujud dengan senndirinya, tetapi ia wujud kerana izin Tuhan semesta alam.
(2) Cinta manusia kepada orang yang berlaku baik padanya menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.
Ketika kecil, ibubapa memelihara dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mereka melakukan perkara tersebut kerana patuh dan cintakan Allah. Allah-lah yang mengurniakan kasih sayang kepada anak-anak pada ibubapa. Tanpa kasih sayang, pastinya anak tersebut sudah dicampakkan ke tong sampah, atau dibiarkan hidup tanpa sebarang penggantungan. Namun, Allah amat cinta kepada hambanya, lalu Dia mengurniakan cinta-Nya kepada ibubapa.
Manusia mudah merasa selesa dengan pertolongan orang lain, dengan itu mereka yang berfikir akan jatuh cinta kepada Tuhan Pemilik Cinta.
Allah Taala berfirman:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:
Dan jika kamu mengira-gira nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[an-Nahl: 18]
Terkadang, manusia merasa diringankan urusannya oleh Allah Taala. Saat dia merasa susah, Allah berada disisinya. Membantunya. Segala titik permulaan dan terakhirnya adalah dari Allah dan kepada Allah.
Andai anda sukakan orang yang membantu anda, maka cintailah Allah kerana Allah-lah yang memberikan bantuan kepadanya untuk membantu anda.
Rasulullah ﷺbersabda:
أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي
Maksudnya:
Cintailah Allah dengan apa yang diberikanNya kepada kamu dari nikmat-nikmatNya. Cintailah Aku kerana cinta kamu kepada Allah, dan cintailah ahli keluargaku kerana cinta kamu kepadaku.
[Direkodkan oleh at-Tirmizi]
(3) Cinta manusia kepada kecantikan menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.
Keseluruhan manusia mencintai kecantikan. Mereka mencintai wajah yang tampan, tempat yang bersih, baju yang kemas dan suasana yang menyamankan. Sandaran kecantika semuanya kepada Allah Taala. Dia Yang Maha Cantik dan mencintai kecantikan.
Tidak semua kecantikan itu dapat digambarkan. Ada juga kecantika dalaman atau batin. Kadang kala, rupa paras tidaklah memberi sebarang kesan, tetapi kecantikan peribadilah yang mendapat perhatian. Peribadi yang luhur, komunikasi yang baik, akal yang cerdas, ilmu yang bermanfaat, sejarah hidup yang cemerlang, dan pegerusan hidup yang baik menjadikan manusia mencintainya.
Kecantikan Illahi pula adalah kecantikan yang berada diatas segala kecantikan. Ia tidak dapat diketahui dengan melihat sahaja, bahkan ia hanya dapat dilihat oleh pandangan bercahaya (Nuurul Basirah). Allah-lah sandaran bagi segala kecantikan. Dengan itu, siapa yang mencintai kecantikan, maka cintailah Allah menyebarkan cintaNya pada alam sejagat.
Allah Taala berfirman:
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ
Maksudnya:
(Allah) yang menciptakan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
[As-Sajadah: 7]
(4) Cinta manusia kepada kesempurnaan menyebabkan dia jatuh cinta kepada Allah.
Manusia mencintai kesempurnaan, oleh itu kita melihat ada kalangan manusia yang mahu menjadi kuat, hebat, terpengaruh, dan berkuasa. Sehinggakan wujudlah cerita-cerita orang yang dianggap sempurna dalam mitos-mitos purba seperti “Si Kelembai”, “Badang” dan sebagainya
.
Namun, kesempurnaan yang ada pada manusia hanyalah kesempurnaan yang penuh kecacatan. Allah-lah yang paling sempurna. Dia pemilik alam ini, Dia yang teramat kuat, dan Dialah yang terulung. Tiada tandingan. Sangat sempurna!
Namun, kesempurnaan yang ada pada manusia hanyalah kesempurnaan yang penuh kecacatan. Allah-lah yang paling sempurna. Dia pemilik alam ini, Dia yang teramat kuat, dan Dialah yang terulung. Tiada tandingan. Sangat sempurna!
Andai manusia melihat kesempurnaan Allah, pastinya cintanya akan terpaut kepada Allah. Manusia hanya akan pasrah mencintai Allah semata-mata.
Syihabudin Ahmad,
Ketua Unit Biah Solehah PMRAM,
Cawangan Dumyat 2011.
Sumber : ubs-pmram.blogspot
No comments:
Post a Comment