Nov 9, 2011

KHALIFAH 1432H Melabuhkan Tirai



ZAGAZIG, 8 November 2011-Program Korban Dan Haflah Najihin (KHALIFAH 1432H) telah melabuhkan tirainya pada tengahari tadi setelah selesai majlis persamian penutup dan haflah najihin yang bertempat di Dewan Tertutup (Nadi Riadhi), Istad Gamaah pada pagi tadi.

Badan pengurus PMRAM Saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi (Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM) dijemput sebagai perasmi majlis penutup tersebut, turut hadir Timbalan Presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz Bin Ali dan Ketua Unit kemanusiaan HEWI PMRAM iaitu Saudari Norhashima Binti Majid.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Saudara Muhammad Alif Bin Ahmad Mahir dan diteruskan lagi dengan ucapan Pengarah KHALIFAH 1432h Saudara Shobri Bin Mat Yaakub, serta Pengerusi DPMZ Saudara Mohd Zainullah Bin Muhamad Pauzi dan diakhiri dengan ucapan Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi yang sekaligus merasmikan majlis penutup tersebut.

Majlis kemudiannya deteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari Ali, sedikit kelainan yang dibawa oleh pihak DPMZ dengan mengadakan motivasi kecemerlangan sebagai peningkat semangat buat seluruh ahli supaya terus memantapkan ilmu dan mengekalkan prestasi kecemerlangan dalam pelajaran. Ia juga merupakan cabang usaha DPMZ supaya Seluruh ahli dapat meningkatkan thaqafah dalam diri masing-masing.

Kemuncak program ialah majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kepada ahli-ahli yang berjaya dengan cemerlang dalam setiap jurusan masing masing. DPMZ telah menjemput Al-Ustaz Al-Doktor As- Said Said Saghir yang merupakan wakil daripada Universiti Al-Azhar sebagai penyampai anugerah sekaligus menyampaikan sedikit kalam taujihad supaya seluruh ahli sentiasa  bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu supaya menjadi permata untuk Islam suatu hari nanti.

Tidak ketinggalan juga anugerah khusus untuk tokoh tadhiah pada tahun ini. Saudara Wan Faiz Bin Wan Hassan telah dinobatkan sebagai tokoh tadhiah pada tahun ini, bagi mahasiswi pula, Saudari Nor Farihah Binti Mokhtar telah menyandang gelaran  tokoh tadhiah atas usaha gigih dan sentiasa berkorban masa dan tenaga dalam memastikan setiap program yang dianjurkan DPZM sentiasa berjalan dengan sebaiknya. 

DPMZ mengucapakan jutan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang dipamerkan oleh kedua-dua tokoh yang dinobatkan pada tahun ini. Kedua-dua tokoh ini wajar dicontohi oleh semua ahli demi memastikan survival DPMZ terus unggul pada masa akan datang.

Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dari kumpulan Insaff dan jamuan makan. DPMZ mengharapkan ahli dapat menyerap semangat yang telah disalurkan oleh beberapa tokoh yang tidak asing lagi di bumi Mesir ini. Semoga majlis anugerah kecemerlangan ini dapat menyuntik semangat kepada ahli-ahli yang lain supaya terus memperkasakan usaha dalam misi menjadi mahasiswa cemerlang sekaligus berkhidmat untuk masyarakat suatu hari nanti.

Pengerusi DPMZ, bersama Badan pengurus PMRAM dan Dr. Said Saghir

Ustaz Zahari Ali sedang menyampaikaan motivasi kecemerlangan

Tokoh Tadhiah peringkat ikhwah , sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan.

Tokoh Tadhiah peringkat akhawat, contohi beliau

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015