Nov 4, 2011

Korban Dan Haflah Najihin (KHALIFAH 1432H)

untuk paparan lebih jelas, sila klik image ini

Assalamualaikum wbt... makluman kepada semua warga DPMZ, InsyaAllah pada tahun ini pihak DPMZ sekali lagi mengadakan program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Anugerah Kecemerlangan. Pada tahun ini dikenali sebagai Korban dan Haflah Najihin (KHALIFAH 1432H) anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ dan berlangsung selama 4 hari bermula 5hb November 2011/ 9 Zulhijjah 1432H (Sabtu) hingga 8hb November 2011/ 12 Zulhijjah 1432H (Selasa).


Kesempatan ini, barisan kepimpinan DPMZ sesi ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada semua warga DPMZ dan selamat melaksanakan Ibadah Qurban. InsyaAllah pada tahun ini kita akan menumbangkan sebanyak seekor lembu, 5 ekor unta dan 8 ekor kambing untuk diqurbankan. 

InsyaAllah majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Bumi Zagazig yang jauh daripada sanak saudara di Malaysia dapat diraikan sepertimana di tanahair dan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita. Dan ini bertepatan tema KHALIFAH 1432H pada tahun ini ' Aidilaha dirai, Ukhuwwah dipatri '.

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015