TERJEMAHAN KITAB
(AL-KHOMEINIAH)
karangan oleh : Saied Hawwa
PENDAHULUAN KITAB
Sesungguhnya
cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap
muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan
dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang
fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.
Sejak
munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin
yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan
ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.
Namun dia
terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas
dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.
Maka
seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan
keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul
dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan
tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.
Al-Khomeini
telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan,
bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripada
Zoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.
Tiga
tujuan utamanya :
1.
Merosakkan Akidah umat Islam
2.
Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk
yang mulia
3.
Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah
Kitab
kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan
pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan
Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda
pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal
Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.
BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh
Ayatullah Khomeini
Semenjak
tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama
yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam
aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada
kekufuran.
Setelah
itu timbullah pelbagai firqah (puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah,
Nasiriah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang
bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna
‘Asyar.
Sesungguhnya
Syiah Isna ‘Asyar (puak Syiah yang mempercayai 12 Imam mereka maksum yang
diimani oleh Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’
dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi
kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.
Antara
Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas :
1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka
Sebagaimana
maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan
Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa
Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah
lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai
perkara Usul yang perlu diimani.
Sebagaimana
yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling
muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam
mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad
s.a.w.[2]
Mereka
juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam
mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]
Perkara-perkara
tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara
yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai
kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Raja dan Nabi sekalipun yang
diutus.”[4]
2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai dan diputarbelitkan
Mereka
berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan
pengurangan. Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa
yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]
Begitu
juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang
pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]
3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.
Telah
bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh
dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari
dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya
telah kafir selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin
Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).
Banyak
daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya
daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan
pandangan mereka dikatakan palsu.
Sebagaimana
yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun
periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin
Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, tidaklah disisi
Syiah Imamiah mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]
Al-Khomeini
dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah
mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]
3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.
Mereka
secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat
dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah,
Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain.
Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.
Al-Khomeini ada menyebut : “Adapun kita tidak
bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka
berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum
Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada
pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh
dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu
adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]
Mereka
tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai
khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w.
Namun para sahabat telah mengingkari arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai
pengganti kepada Ali.
4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.
Pada
pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok
demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan)
kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan
harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.
Mereka
menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w.
bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing
menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi
dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar
Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]
5. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’
Antaranya
adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam
Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).
Sedangkan
Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin
Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan
daging babi (yang haram dimakan)”.
Ianya
umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk
kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga
diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]
6. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah
Syiah
berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka
diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan
Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.
Al-Khomeini
dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah
terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan
kesemuanya”.[14]
Sebab
itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid
seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk
mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka
anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.
7. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’
Dalam
kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu
daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu.
Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat
kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.
Kenyataannya
ketika menghuraikanUsul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari,
telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu
perkara-perkara yang akan berlaku (sebagaimana wahyu yang diterima oleh
Rasulullah)”.
Dia
berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara
yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh
dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril
kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]
Bersambung
pada Bab Kedua (Pendirian-pendirian Pelik Khomeini)….
Wallahu a'lam.
Diterjemahkan
oleh :
Muhammad
Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo
MANHAL PMRAM
[1] Ayatullah
Khomeini lahir di Khomein pada 24 oktober 1902. Khomein, merupakan
dusun yang berada di Iran tengah. Keluarga Khomeini adalah keluarga Sayyid
Musawi, keturunan Nabi melalui jalur Imam ketujuh Syi’ah, Imam Musa Al-Kazhim.
[7] Mutawatir ialah
Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh ramai sahabat yang tidak mungkin bersepakat
para sahabat untuk menipu dan memalsukannya.
m/s 79
Beliau
juga daripada Syiah Isna ‘Asyar namun beliau banyak menyingkapkan pelbagai
kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Syiah Isna ‘Asyar.
[12] Nikah
Mut’ah adalah nikah untuk melepaskan keinginan nafsu dan
bersedap-sedap. Hukum ini telah dinasakh dan Ijma’ mengharamkan pada zaman
sekarang. Jika dilakukan juga ianya menjadi zina.
Sumber : manhal-pmram
No comments:
Post a Comment