Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa
terhadap pengaruh Khomeinisma
Ibn Umar
pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. :“Sesungguhnya
kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam
diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang
manhaj / sistem kehidupan)”.
"Perkara
mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan Aqidah, kemudian
berkenaan Ibadah dan yang ketiga tentang manhaj (sistem)
hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan disini adalah tentang kelompok Aqidah
yang sahih dan benar disisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada umatnya,
berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh
sistem hidupnya.
Dalam
satu hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda : “Akan
berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu
kelompok, Lalu para sahabat bertanya : Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi
menjawab : Apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya (islam yang
tulen)”. (Riwayat Sunan Tarmizi)
Akan
tetapi al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya
bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana
pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).
Aku
memohon bersungguh-sungguh kepada golongan intelektual agar membuka mata kalian
semua supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Aku juga memohon
bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah
mereka untuk mencegah pengaruhnya.
Ini
kerana “wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke
dalam negara-negara Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).
Umat
Islam mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan Aqidah yang tulen,
bukan sebagaimana tindakan Syiah yang mereka-reka acuan Aqidah sendiri. Kita
juga wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan
mereka keatas umat ini.
Setiap
“slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan
terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih
buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar
terhadap apa yang telah berlaku disebalik sorotan sejarah yang lepas dan
peristiwa yang berlaku sekarang?
Sesungguhnya
mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan
dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh
mereka sendiri.
Daripada
Abu Hurairah , Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda : “Allah
berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan
penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Firman
Allah taala : “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim
yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak
mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, sehinggalah kamu tidak akan
diberikan pertolongan”.(Surah Hud : 113)
Telah
jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim
kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan
sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan
sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan
darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas.
Adakah
tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok Sunni namun
tidak di berikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Masjid
tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan
hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat Sunni di Iran dalam
dewan Parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk-tengkuk mereka.
Adakah
kita juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada Sunni di Lebanon,
samada Sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh mendapatkan
perlindungan disana.
Adakah
kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga
telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad
(yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam
kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya.
Adakah
itu semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka
atas tipu daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?
Aku
menegaskan, mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam,
musuh kepada rakyat-rakyat mereka, musuh kepada tanahair mereka.
“..Ya
Allah !!! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan
pengiku-pengikutnya, aku mohon kelepasan daripada penguasaannya,
sekutu-sekutunya dan daripada menjadi sekutunya.. Ya Allah !!! Perkenankanlah
doa kami ..”
Wassalam..
Diterjemahkan
oleh :
Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo
MANHAL PMRAM
Sumber : manhal-pmram
No comments:
Post a Comment