Mar 1, 2012

Fasa-fasa pemerintahan Islam menurut Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam



Sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada tanggal 3hb Mac 1924 iaitu Kejatuhan Khilafah Islamiyah, maka marilah sama-sama kita menyingkap sorotan sejarah yang berlaku kepada umat Islam pada kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan Islam itu sendiri. 


Sejak Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam diutuskan oleh Allah Subhanhu Wa Taala sebagai utusanNya bagi membimbing manusia untuk kembali kepada maha pencipta Allah Subhanhu Wa Taala. Di mana sebelum itu, mereka hidup di dalam kejahilan dan tidak ada pedoman kehidupan yang sebenar sehinggalah datangnya Islam kepada mereka. 

Dengan itu, bermulalah ketamadunan Islam yang bertapak di Tanah Arab dari Zaman Kenabian Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam sehingga kejatuhan Empayar Islam di bawah Pemerintahan Khilafah Uthmaniyah di Turki pada 3hb Mac 1924. 

Selepas itu, kebangkitan Islam mula dibangunkan semula dengan melalui beberapa Gerakan Islam pada tahun 1928 selepas empat tahun kejatuhannya. As-Syahid Imam Hasan Al Banna antara salah seorang perintis kebangkitan Islam iaitu Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. 

Ini menunjukkan bahawa kegemilangan Islam itu pasti berlaku selepas beberapa peringkat atau fasa yang dilalui sebelum mencapai kegemilangan Islam itu.Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)."

"Kemudian baginda (Nabi) diam"

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015