Mar 15, 2012

SYRIA, Aku Kisah???


Sahabat. Apa yang telah terjadi di Syria saat ini? Kalian tau? Sahabat. Mungkin kita seringkali menitiskan air mata kerana kecewa dengan cinta, dilukai oleh kawan, sahabat, saudara atau orang lain. Namun pernah kita menangisi nasib saudara kita disebuah negara yang terjajah, dihina namun mempunyai "nasab" dengan diri kita. Ya, "nasab" Islam telah menghubungkan kita.


Sahabat. Kita bahagia. Makan, tidur, belajar dan bekerja. Semuanya selesa. Tapi apakah keselesaan itu "wajar" untuk membunuh rasa kemanusiaan kita? Sungguh tidak wahai sahabat.

Mari, aku ajak hati dan dirimu terbang melintasi "sempadan" kebiasaan kita. Aku ingin mengajak kalian melihat betapa bulat dan luasnya dunia ciptaan ALLAH.

Disana, sebuah negeri yang bernama SYAM atau kini kita gelar ia SYRIA atau SURIAH telah hampir habis darahnya. Anak-anak kecil yang BAHKAN tidak kenal apa erti senjata dihidang dengan gula-gula peluru.

Anak-anak kecil yang BAHKAN tidak kenal apa erti kebebasan dihidang dengan minuman darah.

Anak-anak kecil yang BAHKAN tidak kenal apa erti penjara diberikan mainan keganasan sehingga putus nyawanya dari jasad.

Bagaimana pula nasib saudari kita? Entah. .

Mungkin disingkap hijabnya. Ada AKU kisah?

Mungkin diratah kehormatannya. Ada AKU kisah?

Mungkin diambil suaminya. Ada AKU kisah?

Menangislah sahabat-sahabat kerana ketidak kisahan kita! Menangislah kerana kita BAHKAN tidak melantunkan walau serangkap doa pun buat mereka! Menangislah kerana kita SIBUK dengan dunia kita dengan alasan, mereka, mereka. . Aku? Aku lah!

Jika kita tidak cakna saat ini, mungkin kita akan "lebih" tidak cakna bila ada bahana yang lebih teruk datang menghampiri.

Allahumma ya Allah. . .

Hasil Karya : Ummu Sakinah Muhammad

Ya Allah, Sesungguhnya kami menjadikan Engkau diatas leher-leher mereka, dan kami berlindung kepada-MU dari kejelekan mereka.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung
(Hadis Riwayat Al Bukhari)


No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015