LAGENDA PUSAKA KHILAFAH
Sepanjang sejarah Islam, institusi Khilafah ialah lambang kesatuan umat, kesepakatan antara negara-negara di bawah tampuknya dan termartabatnya perundangan yang mengikut syariat Islam.
Walaupun
ada masanya ketuanan khilafah ini kuat pengaruhnya dan juga ada masanya ia
melemah, tetapi ‘identiti’ ini tetap diusaha-pertahankan oleh insan-insan yang
berjiwa Islam samada berupa rekonstruksi terhadap perlaksanaan Islam yang sedia
ada atau bersikap konservatif dengannya..
Ketika
tentera Salib, Tattar dan Syi’ah bekerjasama mengguling khilafah Abbasiah di
Baghdad (656H/ 1258M), ketuanan ini diselamatkan dan dipindahkan ke
Kaherah, Mesir oleh golongan Mamluk bagi memelihara hayatnya sekaligus
memastikan keberterusan hubungan para muslimin dengan ketuanan ini.
Tetapi,
tahun 1342 Hijrah bersamaan
tahun 1924 Masihi menyaksikan
bid’ah yang paling durjana tajaan Mustafa
Kamal Ataturk yang langsung melenyapkan ketuanan ini untuk
pertama kali sepanjang sejarah Islam!
Akibatnya,
‘racun-racun’ Barat menembusi benak fikiran muslimin, melenyapkan kesucian
Islam di mata mereka dan berani pula memperlecehkan persoalan-persoalan yang
suci dalam klasifikasi Islam.
Rupa-rupanya,
semangat kebangsaan melampau yang dijaja oleh dakyah-dakyah Barat buat para
muslimin yang berada di bawah tampuk khilafah Usmaniah di Turki ialah dadah
yang membawa kepada konsekuensi ini.
Maka
lahirlah doktrin memisahkan Islam daripada politik sepertimana kandungan
tulisan Syeikh Ali Abdul Raziq setahun selepas jatuhnya khilafah. Begitu
juga munculnya idea berbahaya yang membuat keraguan terhadap kesahihan
fakta-fakta yang dibawa oleh Al-Quran sepertimana kandungan tulisan Dr. Husain
Haikal. Tersentak dengan itu, terbitlah berpuluh-puluh tulisan membantai
dakwaan ini dan umat Islam mula celik terhadap bencana ini sehingga tertubuhnya Ikhwanul
Muslimin pada tahun 1928
Masihi.
Bermula
dari Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897M)
sebagai manusia muslim pertama yang meniup semboyan jihad pemikiran terhadap
dakyah-dakyah Barat,Muhammad Abduh sebagai
penyusun kepada wawasan ini (1849-1905M), Rasyid
Redhasebagai hulubalang yang menentang sekularisme, Abdul
Aziz Jawisy (1876-1929M), Abdul
Rahman Al-Kawakibi (1854-1902M) dan seumpamanya, mereka mewakili
kelompok muslim yang menjadikan rekonstruksi (tajdid) sebagai
kunci bagi mengembalikan ketuanan khilafah.
Sementara
yang lain pula memilih untuk bersikap konservatif iaitu berasa cukup dengan
perlaksanaan Islam sedia ada. Kelompok ini tidak memandang usaha-usaha golongan
tajdid sebagai jawapan kepada persoalan khilafah.
Dengan
itu, berlakulah pro-kontra yang berpanjangan antara kedua-dua kelompok
ini sehingga kesannya mungkin masih lagi dirasai oleh para muslimin yang berada
di beberapa banyak tempat dalam ruang lingkup dunia ilmu Islam ini.
Walau
apapun, semuanya ke arah mempertahankan ketuanan khilafah yang sudah zaman
berzaman menaungi para muslimin serta kebajikan Islam. Antara mereka ada yang berjuang di medan
ilmu-pembelajaran islam, politik, perundangan, kemasyarakatan, gerakan,
jasmani, rohani hatta bersenjata.
Seterusnya
mereka ‘diberi penghargaan’ berupa sekatan dari menyampaikan ilmu, bergiat
dalam politik hatta disekat dari bersama dengan masyarakat, dibuang negeri,
dituduh sebagai pengkhianat negara mahupun diakhirkan hayatnya di tali gantung!
Begitulah
gigihya tokoh-tokoh Islam walaupun
pada era senja khilafah atau selepasnya. Perjuangan yang berterusan. Tidak
pernah mengenal erti putus asa. Tidak pernah luntur semangatnya. Tidak
mempersiakan peluang-peluang yang tersedia. Sanggup menjadi pelarian di negara
lain demi hayat perjuangan mereka. Tidak pernah serik. Tidak pernah jemu. Tidak
pernah berpaling kerana menyedari tanggung jawab yang terpundak di bahu manusia
yang begelar muslim.
Episodnya
masih berlanjutan hingga ke hari ini. Pancurannya mengalir deras dalam
jiwa-jiwa yang masih teguh meletakkan Islam sebagai masa depan umat ini dan
maju bersama roda Islam yang sentiasa berputar. Beruntunglah
mereka yang menemukan ‘warisan’ini berkat petunjuk dan izin Allah S.W.T. dan
rugilah mereka yang masih lagi dikabui dengan tipu daya syaitan, dunia serta
hawa nafsu.
Maralah
bersama warisan ini.
"
Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar "
Sumbangan
artikel oleh :
Mohd Fadhlan bin Mohd Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Hadith, Kaherah (3)
Disemak oleh :
Felo MANHAL PMRAM
Sumber : manhal-pmram
No comments:
Post a Comment