Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat
bersendirian. Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasalam yang bermaksud:
"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27
darjat (atau 27 kali ganda)".
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ceritanya
daripada Ubaidillah bin Umar al-Qowariri ra bahawa suatu malam beliau
didatangi seorang tetamu hingga menyebabkan beliau tidak dapat berjamaah
sembahyang Isyak sedangkan beliau itu tidak pernah sekali meninggalkan
jamaah isyaknya.Oleh hal yang demikian, beliau keluar ke Basrah
mencari-cari mana-mana masjid boleh tumpang berjamaah. Tetapi malang
baginya semua orang sudah sembahyang dan masjid-masjid pula sudah
dikunci. Lantas beliau pulang ke rumah menunaikan sembahyang Isyak 27
kali kerana mengingatkan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa
sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.Selepas sembahyang itu
beliaupun tidur, dalam pada itu beliau dimimpikan oleh Allah yang beliau
itu bersama suatu kaum sedang menunggang kuda dan mereka pula
berlumba-lumba. Beliau sendiri memacu kudanya selaju mungkin, tetapi
tidak dapat menyamai dan bersama kumpulan tersebut. Salah seorang dari
kumpulan tersebut berkata kepadanya bahawa walau bagaimanapun lajunya
tetap tidak dapat menyertai kumpulan tersebut kerana beliau sembahyang
isyak sendirian sahaja.Dengan kejadian tersebut beliau sangat dukacita
kerana apa yang dilakukannya itu (27 kali sembahyang) tidaklah sama
dengan sembahyang berjamaah yang dijanjikan 27 kali ganda yang
difahaminya sebelum ini, menurut sebuah hadis.Kisah yang ringkas ini
meniadai tauladan dan pengajaran yang besar kepada kita terutamanya bagi
kaum muslimin bahawa sembahyang jamaah tidak boleh diabaikan sama
sekali terutama di masjid.
Suatu
kisah yang sangat menarik mengenai sembahyang jemaah ini telah
dirakamkan di dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KHAIR yang
menerangkan bagaimana ruginya seseorang yang meninggalkan jamaah dalam
sembahyangnya.
Allahua'lam...
No comments:
Post a Comment