TANDA-TANDA KIAMAT
KECIL
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b.
Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah
manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” –
Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir
zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya
kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan
dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat
dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap
yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal
dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan
terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam
menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar
yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar
dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih
Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan
kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan
sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dansungai-sungai.” – Sahih Muslim
TANDA-TANDA KIAMAT
BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,
sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada
kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang
membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya
kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau
manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang
tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal
boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa
dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis
perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia
akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia
akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya
seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai
Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara
dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat
Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu
‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang
kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di
menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan
menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar,
mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan
besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan
oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak
terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak
akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari
kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar,
sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah
menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya
diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli
mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di
suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya
bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan
masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang
yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul
fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta
orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir,
amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,
belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai
ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang
dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan
kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan
Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
Sumber : jalanakhirat.wordpress.com
No comments:
Post a Comment