Telefon bimbit merupakan kemudahan era
moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam
kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang
E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta
pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka
ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap
sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan
pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada
beberapa dekad dahulu.
Soalan-soalan Lazim:
1) Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet,
sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak
mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon
bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon
bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang
mikro paras tinggi.
2) Apakah perbezaan
antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran
berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi
tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ
hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas
apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian,
telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
3) Adakah telefon
bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan
sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan
kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi
mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak
neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.
Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap
750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati
bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan
risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
4) Apakah
kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon
mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala,
kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana
haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan
kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas
menggunakan telefon bimbit.
Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik
daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan
kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi
mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.
i - Telefon Bimbit
'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon
bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama
mereka, kata para saintis.
ii - Telefon Bimbit
'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal
menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam
sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)
iii - Telefon Bimbit
boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit
disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti
sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis
2008)
iv - Kajian: Radiasi
dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap
sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut
kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The
Total Sweden News in English')
v - Barah Otak
Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis
antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard
keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas
didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam
kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest
News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)
vi - Kesan Radiasi
Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis
yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik
Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti
Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)
Sumber : primedicare.com
No comments:
Post a Comment