Jun 27, 2012

Bulan Syaaban & Malam Nisfu Syaaban



Sementara masa yang masih ada ini, lebih baik jika kita berkongsi sedikit ilmu ataupun memperingati peristiwa-peristiwa di bulan yang mulia supaya dapat kita memahami dan mengamalkanya bersama.

Bulan Syaaban adalah bulan yang mulia dan termasuk di antara tiga bulan yang mulia iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Yang mana ketiga-tiga bulan tersebut mempunyai peristiwa-peistiwa yang penting di dalamnya. Masih ingatkah sahabat-sahabat yang mana peristiwa petukaran arah kiblat adalah peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syaaban, dan peristiwa ini adalah peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku di bulan syaaban.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat yang bermaksud; “Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat besembahyang berkiblatkan Baitulmakdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan lamanya. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu daripada Allah supaya menyuruh baginda berpalingkan kiblat ke Mekah”.

Peristiwa pertukaran kiblat ini berlaku di dalam masjid Qiblatain.Suruhan petukaran kiblat berlaku ketika mana Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Allah SWT telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daipada masjid Al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. ( peristiwa pertukaran kiblat ini juga ada diceritakan di dalam kitab Universiti Al-Azhar Zagazig tahun satu ).

Selain daripada itu, dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang dinamakan malam Nisfu Syaaban yang mana pada malam itu berlakunya petukaran buku catatan amalan manusia dan dikatakan malam Nisfu Syaaban malam yang diampunkan dosa. Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah diantara malam-malam yang dikabulkan doa. Mengikut pendapat Imam asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Oleh itu, sama-samalah kita mensyukuri atas kesempatan yang diberikan untuk melakukan amal ibadah di bulan Syaaban ini serta mengharapkan Ramadhan tahun ini masih ada bersama kita untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wallahua’lam…

Mohamed Zulfiqar Bin Mohamed Akram
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015