ZAGAZIG, 19 JULAI 2012- DPMZ membuka tirai Ramadhan Fest' 1433 H. dengan menganjurkan diskusi kitab Fiqh As-Siam dan disusuli dengan ucapan dan gimik persamian yang disampaikan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu saudara Abdul Aziz Ali.
Pembentangan kitab yang memperincikan berkaitan dengan puasa tersebut merupakan salah satu persediaan bagi menyambut kedatangan ramadhan. DPMZ menjemput Saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Pengerusi Fello Manhal PMRAM bagi membentangkan isi kandungan kitab tersebut.
Sejurus selesai diskusi kitab, majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Ramadhan Fest' 1433. Saudara Amirul Adli selaku Pengarah Ramadhan Fest' 12 memulakan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan Pengerusi Dpmz dan sejurus kemudian diakhiri dengan ucapan Presiden PMRAM sekaligus merasmikan pelancaran program Ramadhan Fest' 12.
Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang ramadhan ini di peringkat pelaksana program khusus untuk ahli-ahli yang tidak pulang ke tanah air. Antaranya Tadarrus & Tadabbur Al-Quran, Krusus ibadah, Tazkirah pimpinan DPMZ dan pelbagai lagi program-program bermanfaat yang menjurus kepada memaksimumkan aktivirti ibadah bersesuaian dengan tema program sendiri iaitu "Fastabiqul khairat" yang yang memberi maksud berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
Di kesempatan ini pihak Dpmz mengambil peluang bagi mengucapakan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh ahli serta seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dalam bulan yang mulia ini kita dapat berasama-sama melipat gandakan amalan kita dalam mengerjar ibadah-ibadah yang lain di samping kita berpuasa di siang hari.
No comments:
Post a Comment