Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya : “Ada 3 jenis manusia yang merasai kemanisan Iman: Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka.”
[Imam Bukhari dan Muslim]
-Jadi, disini kita dapati Ukhuwwah kerana Allah salah satu nikmat kemanisan Iman yang boleh dirasa bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas melakukannya.
KEDUDUKAN RUKUN UKHUwWAH.
Gambaran indah yang dilukiskan oleh Al-Quran bagi realiti keunggulan umat ini ialah firman Allah Taala:
“Nabi Muhammad ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap ber’ibadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan –Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang Salih ) terdapat pada muka mereka- dari kesan sujud (dan ‘ibadat mereka yang ikhlas)(29)
(Surah Al-Fath, ayat : 29)
-Ayat di atas menunjukkan sikap yang perlu diberi kepada dua pihak, pertama pihak orang-orang kafir dan juga umat Islam. Tegas pada orang kafir(memusuhi Islam) dan Berkasih
sayang dengan Umat Islam. Perlu difahami dan dipraktikkan.
Ketika mana terdapat di dalam Al-Quran gambaran ini, ia adalah semata-mata untuk menjelaskan kepada kita bahawa Allah memuliakan mereka yang tegas terhadap kuffar, sekalipun terhadap bapa mereka, kaum kerabat dan anak-anak mereka. Mereka berkasih sayang sesama muslim. Inilah dia ukhuwwah yang hak, ukhuwwah kerana AGAMA. Kesimpulannya, difahami disini, tegas kerana Allah, dan berkasih sayang kerana Allah SWT.
Dalil dari Hadith.
Rasulullah SAW, pernah bersabda daripada apa yang di riwayatkan oleh Abu Malik Al-Asy’ari:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan golongan para Syuhada’. Mereka dicemburui oleh para Anbiya’ dan para Syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah.”Para sahabat bertanya :” Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu? “Rasulullah SAW menjawab: “Mereka adalah golongan berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah “cahaya” dan mereka adalah di atas cahaya.” Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.”
Lalu baginda membaca firman Allah SWT bermaksud:
“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”
(Surah Yunus, ayat : 62)
(Hadith Riwayat Ahmad)
-Hadith di atas menerangkan bahawa betapa tingginya kedudukan orang yang berkasih sayang kerana Allah SWT, sehinggakan dicemburui oleh Para Anbiya’ dan Para Syuhada’.
Baginda bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Mendapat kasih sayangku mereka yang berkasih sayang di jalanKu, berhimpun keranaKu, yang saling berziarah keranaKu dan mereka yang berbelanja keranaKu.”
[Al-Muwatta]
Imam Muslim meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW bahawa lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah perkampungan. Allah telah mengutuskan Malaikat ketika lelaki ini dalam perjalanan. Malaikat bertanya: “Saudara hendak ke mana?” Jawab lelaki itu:”Saya ingin menziarahi saudaraku di kampung ini.” Tanya Malaikat:”Adakah (kamu menziarahinya) kerana kamu memperolehi kesenangan lalu kamu menjaga perhubungan ini. “Tidak!!” jawab lelaki itu. “Kami mengasihaninya kerana Allah SWT.” Kemudian Malaikat berkata: “Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepada kamu dan Allah telah mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihani saudaramu keranaNya.”-
[Riwayat Muslim]
Imam Al-Banna telah menjelaskan tahap-tahap ukhuwah:
“Serendah-rendah ukhuwah ialah Berlapang dada dan yang paling tinggi ialah Ithar(Berkhidmat dengan rela hati dan melebihkan sahabat dari diri sendiri).”
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu berbantah-bantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu…
(Surah Al-Anfal : Ayat 46)
Betapa benarnya kata-kata Imam Al-Banna kepada Ikhwan:
“Berkasih sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah(tetap) kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka.”
Ketua Unit Pengisian,
Unit Biah Solehah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2011/2012.
No comments:
Post a Comment