Sudah
lumrah kehidupan seorang hamba untuk sentiasa melaksanakan segala suruhan dan
perintah tuannya. Ini adalah dengan ketaatan yang sepenuhnya akan menjamin
kehidupannya senang tanpa sebarang kesulitan.
Namun
begitu, andai sebaliknya berlaku sudah pasti akan wujud pelbagai kesulitan
akibat keingkarannya dalam mematuhi perintah dan arahan.
Tarikh 27
Rejab merupakan detik bersejarah bagi umat Islam kerana bermulanya satu
pensyariatan kepada umat Islam. Pensyariatan tersebut ini terkandung dalam
Rukun Islam kedua iaitu "Menunaikan solat lima waktu sehari semalam".
Peristiwa
Israk dan Mikraj seringkali menjadi kisah untuk diteladani apakah intipati dan
ibrah yang boleh dijadikan sebagai peringatan kepada umat Islam. Apabila kita menghayati segala pengalaman dilalui
oleh Nabi Muhammad SAW sudah pasti akan menjentik minda dan akal untuk meyakini
betapa kasihnya Allah SWT pada Rasulullah SAW.
Segala
kesulitan sepanjang menyampaikan dakwah, telah mengajar Baginda menjadi seorang
penyabar dan tabah maka pengakhirannya Baginda dijemput Allah SWT untuk bersua.
Peluang ini diterima oleh Baginda sebagai satu amanah yang perlu dipikul dan
bakal diwarisi oleh umatnya.
Detik
itu, bermula perintah solat bagi seluruh manusia sebagai bukti ketaatan seorang
hamba kepada penciptanya. Tidak terkecuali kedudukan pangkat dan darjat,
perbezaan budaya dan adat, setiap muslim wajib melaksanakannya dalam apa cara
keadaan sekali.
Peristiwa
ini juga membuktikan bagaimana pemikiran seorang pemimpin dalam menentukan satu
keputusan. Baginda Rasulullah SAW adalah pemimpin bijaksana dalam menilai
sesuatu tindakan. Buktinya pada awal perintah solat diwajibkan adalah sebanyak
50 waktu maka dengan mendengar pendapat Nabi Musa A.S, Baginda telah meminta
untuk dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja.
Beginilah
akhlak pimpinan dalam memutuskan satu tindakan dengan memikirkan kebaikan semua
pihak bukan hanya dalam tempoh singkat malahan untuk satu tempoh masa yang
panjang.
Kewajipan
solat merupakan satu bukti kukuh bahawa segala nikmat dan kurniaan dalam
kehidupan manusia datangnya daripada Allah SWT . Bahkan kebaikan menunaikan
solat dapat mencegah manusia daripada pelbagai tindakan yang menyimpang
daripada kehendak Allah SWT dan ajaran Baginda Rasulullah SAW sepertimana
firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya solat dapat mencegah
daripada perkara yang keji dan mungkar".
Justeru,
sejarah Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar diingati namun perlu difikirkan
segala intipati yang boleh diambil untuk memberikan kita suntikan semangat dalam
diri seorang hamba.
Andai
benar kita seorang hamba mensyukuri segala kurniaan diberikan selama ini
buktikan kepada tuhan sekalian alam Allah Rabbul Jalil bahawa kita seorang
hamba bertaqwa dengan meyakini segala janji dan balasannya kelak.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Ahmad
Baihaki bin Rashid
Naib
Presiden I
(Lajnah
Dakwah dan Pembangunan Insan)
Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir 2011
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment