Kemal Ataturk menjadi dalang kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH
Kerajaan Turki ditukar pada sistem barat dan ini merosakkan sistem Khilafah.
Disediakan
Saudara Amirul Adli
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013
SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH
Pendahuluan
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan
pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama
kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama
iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp
yang merupakan kepala kabilah kabl di asia[2]
Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan
Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki
Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453
(kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3]
Pada tahun 1526
sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki
Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan
menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq
dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki
Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa
bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara.
Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan
Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan
bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada
akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada
masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan,
kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh
luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah
memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.
Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan
karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan
Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan
perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki
uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian
pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami
kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan
mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia
sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat
dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574,
baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang
istana,[4]
sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum
arak.[5]
Sultan salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang
begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada
wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli.[6]
Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca
daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah
s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak
lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah
S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud “Allah menjadi pembela kepada orang
bertaqwa”.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi
ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini
banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang
oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan
impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam
arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam
keresahan, celaru dan hilang jati diri.
Selain itu, sultan juga dikatakan telah
dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan
bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan.
Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648,
banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk
campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan.[7]
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara
Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV[8].
Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka
menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka.
Bonda dan isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir
tersebut kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak
menyentuh keperibadian perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan
Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh wanita istana, khususnya
permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya mengiginkan kuasa
pemerintahan. Di sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah
dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan.
Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki
Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah
melaksanakan pemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan
sultan Abdul Hamid II, walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang
agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah
menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir
Negara dengan corak pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang
tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan.
Hal ini telah menyababkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak
pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.
Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki
Uthmaniyyah pada awal penubuhannya.[9]
Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki
Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula
apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.[10]
Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah
menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka.
Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi, malah
sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik
untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran
kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan
lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan
undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat islam pun tidak
mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga
berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan
mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris
bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi
menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari.[11]
Ekonomi merupakan tulang belakang kepada
kemajuan empayar Turki Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan
kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara.
Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca daripada sikap sultan yang
terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk
hiburan dan tujuan kepentingan dirisendiri.[12]
Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah
menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal
yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini sekali gus telah menyebabkan
kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah
tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat.
Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba
bertindak untuk memberontak.
Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah
Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan
Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi
Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk
Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda
menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu
tujuan sebenar mereka. [13]
Sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul
Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan yang dihantar
untuk perundingan tersebut :
"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl)
tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak
dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya
bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan
Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya
dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah
yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika
sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara
percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan
membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."
Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of
Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan
pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah.[14]
Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di
Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang
dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah
bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem
perlembagaan dilaksanakan semula.[15]
Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan
digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan
Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan
Parti Kebangsaan yang dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan
Khilafah dengan Republik Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat
sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya
dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi
menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal.
Pada masa yang sama, kerajaan Turki
Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.Britain melalui perisiknya
yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah menyuburkan semangat
nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang
kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling
tadah dan memihak kepada Britain.Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali
barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan
Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9
Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.[16]
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian
antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan
tanah Palestin kepada Yahudi.[17]
Penempatan Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada
mencecah setengah juta.Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula
menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan
sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya
pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki
Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang
luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di
tanah-tanah jajahannya.
Kesan Terhadap Negara Umat Islam
Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah
sememangnya telah memberi kesan yang mendalam kepada umat islam.Kesan yang
paling ketara yang dapat dilihat ialah, terdapatnya unsur-unsur sekularisme
yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya golongan
birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang
memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke
dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan yang paling penting
adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan
gaya hidup orang barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti
meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah
meninggalkan ajaran agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan
mereka.
Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah
menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan, yang mana
undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang
yang menerapkan unsur sekular. Mereka memandang rendah terhadap undang-undang
syariah, malah mereka lebih mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh
barat. Selain itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi
perubahan dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan
unsur-unsur sekularisme[18]
yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan
perubahan besar terhadap kerajaan Turki.
Selain itu, kajatuhan karajaan Turki
Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa
Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliua telah mengadakan perubahan
besar kepada sistem pentadbiran yang mana beliau telah menghapuskan institusi
kesultanan pada 1 november 1922 di mana beliau menggunakan alasan bahawa sultan
telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah mengistiharkan
Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah mengangkat
dirinya sebagai presiden yang pertama.[19]
Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem khalifah
yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923 dengan
memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20]
Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti
terhadap islam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran
daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut
ajaran islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan
berbau islam, malah yang paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan
arahan larangan azan dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk
menutup aurat.
Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyyah juga telah memberi kesan kepada Negara-negara islam lain.Umat islam
telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti
bangsa dan ideologi masing-masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh
budaya barat. Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula
dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat
tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam,
Negara umat islam dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan
Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung di
dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar
selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya
telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan
juga luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Kajatuhan empayar Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan tehadap Negara umat
islam sehingga ke hari ini. Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga
telah memberi kesedaran kepada umat islam untuk memikul tanggungjawab
menyebarkan agama.[21]
Hal ini telah menyebakan muncullah ulama’-ulama’ yang sedar dan menggerakkan
Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.
[1] Haji Dasuki Bin Haji
Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Hal 386
3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar
Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398
[5] Haji Dasuki Bin Haji
Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Hal 411
[7] Lois A. Aroin Dan Richard P.
Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala
Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[8] Haji Dasuki Bin Haji
Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Hal 413
[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam
Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S
Library`S Sdn.Bhd.Hal 3
[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan
Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia
Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
Dan Pustaka.Hal 50
[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan
Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia
Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
Dan Pustaka.Hal 151
[12] Stanford Shaw.1976.History Of The
Ottoman Empire And Modern Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal 234.
[18] Esposito, L.John (Terjemahan
Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal
130.
[19] Haji Dasuki Bin Haji
Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Hal 426
Disediakan
Saudara Amirul Adli
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013
No comments:
Post a Comment