Nov 9, 2011
Kemeriahan Ibadah Korban, Tautan Ukhuwah Kian Teserlah.
ZAGAZIG, 7 November 2011- Sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari ini diteruskan lagi dengan aktiviti ibadat penyembelihan korban yang telah diadakan oleh DPMZ. Lima ekor unta, lapan ekor kambing dan seekor lembu telah berjaya dikorbankan hasil usaha ahli bergotong royng membantu ibadah korban ini berjalan dengan lancar.
Solat Sunat Aidiladha 1432H bertepatan dengan tema 'Aidiladha Dirai, Ukhuwwah Dipatri'
Saudara Mohd Faizzudin sedang berkhutbah Hari Raya Aidiladha
ZAGAZIG, 6 November 2011-Pihak DPMZ telah mengadakan solat sunat Aidiladha di Masjid Fattah, Masjid Negeri Syarqiah, Zagazig khusus kepada rakyat Malaysia yang berada di Bumi Zagazig. Ini merupakan pertama kali diadakan, saban tahun diadakan di Stadium Syarqiah bersama masyarakat arab Mesir.
Perasmian Khalifah 1432 H, Mendalami Erti Sebenar Tadhiyah.
Nov 5, 2011
Nov 4, 2011
Korban Dan Haflah Najihin (KHALIFAH 1432H)
untuk paparan lebih jelas, sila klik image ini
Assalamualaikum wbt... makluman kepada semua warga DPMZ, InsyaAllah pada tahun ini pihak DPMZ sekali lagi mengadakan program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Anugerah Kecemerlangan. Pada tahun ini dikenali sebagai Korban dan Haflah Najihin (KHALIFAH 1432H) anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ dan berlangsung selama 4 hari bermula 5hb November 2011/ 9 Zulhijjah 1432H (Sabtu) hingga 8hb November 2011/ 12 Zulhijjah 1432H (Selasa).
Nov 1, 2011
First 10 of Zulhijjah
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah pertama dan selama-lamanya sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Sang Pencipta kerana masih lagi diberi keizinan ruang dan waktu untuk menarik nafas iman dan islam bagi meneruskan usaha kecil ini walaupun dalam keadaan yang saya kira sedikit tersepit dan sibuk terutama pimpinan DPMZ dan Ajk Pelaksana KHALIFAH 1432H. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala Nabi Muhammad SAW yang berkubang peluh dan berkuah darah bagi memastikan gerakan dakwah terus lancar meluncur di pentas dunia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


