Feb 29, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 2)


BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini


Pelbagai cerita dan kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah.

Feb 25, 2012

Tentang SYRIA Bumi Kita




Hayati video ini, betapa perit yang dilalui saudara seISLAM kita di bumi SYRIA. Semoga Allah SWT melindungi mereka dan dapat meneruskan kehidupan mereka seharian seperti kita pada hari ini. 

Feb 24, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)


TERJEMAHAN KITAB
(AL-KHOMEINIAH)
karangan oleh : Saied Hawwa

PENDAHULUAN KITAB

Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

Feb 15, 2012

Valentine's Day.. Apa ada padanya ?


HUKUM MERAIKAN VALENTINE'S DAY



Pada mulanya, ia dikenali sebagai Saint Valentine`s Day, namun akhirnya disingkatkan kepada Valentine`s Day sahaja. Di Sweden, ia dinamakan: Alla hjärtans dag ("Hari Semua Jantung (Hati)"), di Findland pula dinamakan: Ystävänpäivä (Hari Persahabatan), begitu juga ditempat-tempat lain yang diberikan nama berbeza, namun maksudnya sama: Menghargai kekasih.

Feb 7, 2012

Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam Sentiasa Senyum

 
 
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" 
 
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

23 Petua-petua Kejayaan Dunia AKhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan


1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.


3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.

Feb 6, 2012

Ihya' Sunnah, Bersama Susuri Sunnah Penutup Segala Nabi


ZAGAZIG, 5 Februari 2012 - Bersempena Sambutan Maulidurrasul 1433H, Unit Biah Solehah di bawah kendalian Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah mengambil inisiatif bijak dengan menganjurkan satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran Baginda Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang di beri nama "Ihya' Sunnah" pada 12 Rabiul awal 1433H bersamaan Februari 2012. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Masjid Salam sekitar jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam. 

Feb 3, 2012

Fenomena Law Kana Bainana




SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Feb 1, 2012

Menghayati Peristiwa Kelahiran Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t…

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung yang memiliki seluruh Alam. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita semua. Semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan, dapat kita tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kalam Pembukaan Muzakarah Berkelompok



Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Institusi Muzakarah Berkelompok yang telah dibina bagi membentuk peribadi muslim yang cemerlang telah menjadi tunjang belakang PMRAM. PMRAM yang diasaskan pada 1930 hasil daripada kesedaran masyarakat Melayu di bumi Mesir terhadap kepentingan berpersatuan, telah mula membentuk konsep ini.

Muallif

My photo
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ 2014/2015