May 27, 2012
May 24, 2012
Jadikan Rejab Permulaan Tarbiah
May 22, 2012
Bulan Rejab dan Isra' Mi'raj
May 20, 2012
Melestarikan Tarbiyah di kalangan ahli DPMZ
Sabtu, 19 Mei 2012 - Majlis
Solat Hajat Perdana DPMZ telah diadakan di Rumah Saudari Siti Khadijah Jusoh
Khadidi (Imarah Mama Fatimah) khusus mahasiswi Malaysia yang berada di Bumi Zagazig.
Majlis ini dikelolai oleh Unit Biah Solehah DPMZ sesi 2011/2012 di bawah
anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ sesi ini.
May 17, 2012
Hidupkan Hari Jumaat Anda Dengan Kebaikan
Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari
yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada
hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Hiburan Yang Susah Untuk Remaja Abaikan
Memang
tidak dapat dinafikan setiap orang inginkan hiburan atau sebarang bentuk
hiburan yang dapat mengurangkan kebosanan seseorang apabila banyak masa
terluang tanpa sebarang aktiviti atau program yang bermanfaat.
Zaman
yang serba moden dan maju dengan dunia globalisasi yang penuh dengan maklumat
tanpa sempadan yang ditakrifkan oleh cendekiawan barat amatlah jelas terpancar
kegeniusan dan kebijaksanaan mereka untuk melebarkan pengaruh negatif dalam
kalangan remaja.
Jika
dapat kita perhatikan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi wabak negatif
sebegini terbawa-bawa sehingga keperingkat pengajian tinggi. Penggunaan
teknologi atau internet sukar untuk dikawal jika seseorang individu itu sendiri
kurang kesedaran agama.
May 12, 2012
Bahaya Radiasi Telefon Bimbit
Telefon bimbit merupakan kemudahan era
moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam
kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang
E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta
pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka
ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap
sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan
pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada
beberapa dekad dahulu.
May 9, 2012
24 Jam Dosa Di Facebook
Semenjak empat bulan terlibat dalam
menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari
terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh
perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook
yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya
senaraikan enam perkara, iaitu :
May 7, 2012
Menempuhi Imtihan Yang Sebenar
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Imtihan kepada semua warga Zagazig
Pertama sekali, Alhamdulillah diucapkan kerana kita telah ditemukan
lagi dalam laman blog ini. Selawat dan
Salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW yang mana nama baginda adalah yang
paling lama dan paling ramai disebut dan diucap oleh penduduk dunia mahupun langit
sejak dahulu hingga sekarang. Bersyukur juga kita kerana diberi nikmat terbesar
yang kita kecapi selama ini hasil perjuang Rasulullah SAW, Para Sahabat Baginda
serta Para Pejuang seluruhnya iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah dengan
nikmat Iman dan Islam inilah yang menemukan kita di dalam satu ikatan Aqidah Islamiah
yang insyaAllah akan kekal hingga ke Akhirat kelak hendaknya, amin.
May 5, 2012
Akhir Zaman Mereka Dijulang
TANDA-TANDA KIAMAT
KECIL
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b.
Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah
manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” –
Sahih Muslim
May 3, 2012
Teknologi dan Dakwah
Teknologi
dan dakwah. Dua perkara yang sangat berbeza pada zahirnya. Tetapi mempunyai
hubungan dan kaitan yang sangat rapat lebih-lebih lagi dalam arus dunia
globalisasi ini. Realiti sekarang,kita terlalu bergantung pada teknologi dari
sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara tanpa kita sedari.
Sehinggakan ada yang menganggap sebahagian daripada alatan-alatan elektronik
seperti telefon bimbit dan komputer riba adalah perkara yang perlu ada dalam
hidupnya.
May 1, 2012
Media Elektronik Medium Dakwah Interaktif
Memang
tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah
dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud
sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan
manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan
maklumat terkini.
Subscribe to:
Posts (Atom)